Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday 10 September 2014

Jika kita tunjuk pandai, ramai lagi yang pandai dari kita, dan kalau bercakap tunduk sedikit, jangan menengadah kelangit

Elok juga ditujukan kepada blogger pecacai, penjilat.....yang memaki hamun ulama.....


Tindakan PKR dan DAP yang bertegas untuk tidak menamakan lebih dari dua nama untuk menggantikan Khalid Ibrahim bukan sahaja mencabar Tuanku Selangor malahan merupakan tindakan mencabar Perlembagaan itu sendiri. Akhirnya DAP telah memohon ampun kerana tindakan sumbangnya dalam isu ini dan beberapa jam selepas itu Anwar juga memohon maaf tetapi kekal dengan satu nama pencalonan iaitu isterinya sendiri, Wan Azizah Ismail.

Hasil dari tindakan itu ramailah dari pihak Pakatan Rakyat yang memberikan definasi kosong dan tidak berisi. Bagi setengah pihak mereka menganggap yang demokrasi Raja Berpelembagaan itu adalah demokrasi yang mana semua yang dikehendaki oleh Parti politik itu wajib disetujui oleh Raja sesebuah negeri itu. Jika itu definasinya maka tidak berperanan lah Raja itu sedangkan nama demokrasi itu pun adalah Raja Berpelembagaan.

Raja itu merupakan proponen besar dalam sistem Raja Berpelembagaan itu. Yang memerintah itu adalah Raja dan yang mentadbir itu adalah seorang Menteri Besar atau Perdana Menteri yang dipilih dikalangan ahli-ahli 'legislature' di Persekutuan atau Dewan Undangan Negeri jika ia diperingkat negeri dalam persekutuan ini.

Raja itu adalah pemerintah dengan memilih salah seorang dari ahli-ahli Dewan Undangan Negeri itu untuk menjadi Ketua kepada Kerajaan Baginda dan dalam kes Selangor itu seorang Menteri Besar. Raja juga adalah Ketua Pemerintah Angkatan Tentera dan Polis dan itulah sebabnya Angkatan Tentera itu membawa panji-panji di Raja dengan nya.

Kalau diperingkat persekutuan Parlimen itu ada tiga elemen, iaitu Raja, Dewan Parlimen dan Dewan Negara. Di peringkat negeri Dewan Undangan Negeri itu mempunyai dua elemen dan proponen, iaitu Dewan Undangan itu sendiri dan Raja yang memerintah negeri. Tetapi ada pihak yang cuba membuat interpretasi sendiri dengan menggunakan peguam yang mahu menyebelahi mereka yang kononnya berkuasa penuh itu dan meletakkan Tuanku Sultan itu sebagai pak pacak sahaja. Mereka beranggapan Raja itu hanya sebagai hamba sahayanya

Negeri-negeri yang terlingkung dalam persekutuan itu adalah diperintah oleh Raja yang memberikan ‘empowerment’ untuk mentadbir kepada kerajaan untuk semua takluk dan jajahannya. Itu sebabnya Raja itulah yang memilih siapa yang baginda perkenan untuk mentadbir dan pilihan itu adalah dikalangan mereka yang dipilih rakyat dalam Dewan Undangan negeri itu.

Mereka yang berfikir sedemikian adalah orang yang sengaja hendak menunjuk kebencian kepada Istana atau tidak terbuka hijabnya untuk menerima keadaan dan ‘attribute’ perlembagaan itu sendiri. Mereka ini beranggapan memilih Menteri Besar ini tidak perlu Tuanku Sultan untuk menentukannya dan pilihanitu boleh dilakukan seperti memilih jawatankuasa kilang padi dikampongnya. Kehadiran orang-orang seperti ini amat memilukan kerana akibah dari budaya dan nilai yang kuning ini akan menghilangkan identitI bangsanya sendiri.

Jika budaya kurang ajar ini berterusan kerana mahu menjaga dan memilihara ego orang yang kurang berpedoman dalam hidupnya maka tidak terkejut orang me;layu dan bangsa-bangsa lain yang berada dalam negera ini akan menjadi rakyat yang tidak bersatu dan mungki n inilah yang dikehendaki berlaku oleh opportunis politik yang fakir jiwa mereka.
 
Persoalannya sekarang, jika Raja tidak boleh berperanan untuk melantik aatu memilih enteri Besar maka saya cadangkan supaya parti dan pihak yang membenci raja ini mengusulkan kepada Dewan Undangan negeri masing-masing. Jika berlaku perbalahan diantara mereka selepas itu carilah Raja yang lain, seperti Raja Kelawar dan raja spade.

Ramai yang mengikut hati dan nafsu sambil melayan jiwa amarah dan mulhimah yang sentiasa mahu memesongkan kita dari yang benar. Nafsu amarah itu sentiasa mengintai-ngintai kepada mereka yang berjiwa fakir dan lemah yang mudah untuk dipesongkan malahan itu adalah persumpahan mereka sejak mula dijadikan oleh Tuhan dahulu. Persumpahan mereka ialah tidak mahu tunduk kepada kebenaran dan dalam kotek fisiknya mereka tindak mahu tunduk kepada Adam. Yang lebih mengaibkan lagi mnereka ini terasa mereka yang betul-betul benar kerana mempunyai pemikiran yang ‘deluded’.

Itu sebabnya diakhir zaman ramai yang fasih dengan bercakap tentang syariat dan fekahnya tetapi perlakuannya di serongkan dan dipandu oleh elemen yang bathil yang maknawi itu. Yang lebih anehnya DAP yang dikuasai oleh kaum bukan Melayu pun telah memahami keadaan dan memohon maaf tetapi ada pula dikalangan beberapa orang melayu yang lebih marah seperti lebih DAP dari DAP sendiri.

Tetapi sebagai seorang Melayu yang beragama tentunya masih banyak masa untuk berfikir dengan hati dan jiwa yang tenang dan zuhud. Jika ego masih menguasai diri mereka, adala jalan yang lebih baik untuk membersihkan diri kita dari noda ini, iaitu dengan melakukan solatul daimun dan berzikir terus-terusan terhadap yang maha kuasa.

Beristighfar kita buat masa ini, bukan sahaja untuk sesiapa yang saya maksudkan tetapi juga seruan ini juga adalah untuk diri saya sendiri. Dalam mempersoalkan kewibawaan Raja-Raja itu, baik kita melihat kedalam dan melakukan instrospeksi untuk mengelak dari kecenderungan kita sendiri berlagak seperti Raja pula.

Bila bercakap itu letakan hidung kita ditempatnya dan jangan sekali mengalih kedudukan hidung kita di dahi. Bercakap itu biar tunduk sedikit, jangan bercakap sambil menengadah kelangit. Kalau kita mengaku kita pandai, ramai lagi yang lebih pandai dari kita. - Pak Aspan.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR