Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday 23 September 2014

Dewan Ulamak PAS Perak Kesal dengan Kenyataan Lim Guan Eng

Ulamak PAS Perak kesan dengan Guan Eng 
Kenyataan Dewan Ulamak PAS Perak.

Dewan Ulama PAS Perak sangat kesal atas kenyataan rasmi terbaru yang dikeluarkan oleh CEC DAP atas nama Lim Guang Eng. Kenyataan yang boleh dibaca dalam roketkini.com (http://www.roketkini.com/2014/09/23/dap-arah-15-adunnya-sokong-azmin-sebagai-mb-selangor/).

Kami kesal kenyataan tersebut dibuat dalam keadaan DAP dan PKR termakan jerat sendiri, mereka cuba menuduh PAS dan menuding kepada 4 exco yang mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat dari tumbang sebagai khianat. Rupanya sokongan menyetujui perkenan Sultan kepada Azmin Ali hanyalah sekadar semata untuk menyerang PAS walaupun yang memulakan segala langkah ini adalah PKR.

Maka di sini, perlu kami bertanya kepada DAP secara terus terang. Apa sebab DAP terpaksa menurut semua langkah PKR? Maka kami mencari maksud di sebaliknya.

1. Umum Mengetahui DAP hanya memenangi DUN Pulau Pinang sebanyak 17 kerusi daripada 40 Kerusi DUN Pulau Pinang. PKR memenangi 10 DUN , PAS menang 1 DUN manakala UMNO/BN menang sebanyak 12 kerusi DUN. Apakah di sana DAP telah diugut oleh PKR atau DAP takut sokongan PKR boleh meruntuhkan Kerajaan DAP Pulau Pinang? PAS yang hanya 1 kerusi memang tak akan dapat membantu mempertahankan Pulau Pinang seperti mana berlakunya komposisi di PERAK 2008.

2. Dalam suasana DAP sudah mencapai sokongan Kaum China lebih 80% dan kekalahan di Teluk Intan kepada Gerakan. Apakah DAP cuba menakutkan orang Melayu mengundi PAS sebagai Parti yang banyak bertanding di kawasan Melayu ISLAM?

3. Apakah dalam suasana menjelang PRN Serawak yang akan berlangsung dalam masa setahun ini, DAP cuba mengulangi Alasan yang sama pada 2002 kerana takut sentiment pro PAS akan menyebabkan mereka gagal mendapat Undi yang diinginkan di Sarawak?

Maka, kami mendesak bagaimana keikhlasan DAP dalam Pakatan Rakyat yang melibatkan PAS? Adakah Lim Guan Eng sedang bermain api yang tidak mungkin mudah untuk dipadamkan?

Kami menyeru atas semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat, Nilailah dengan data dan dapatan dari kajian dan sokongan rakyat jelata dalam isu MB Selangor. Sejauh Mana rakyat begitu benci akan polemic politik yang berlangsung sedangkan baru sahaja setahun menyertai PRU 13?

4 orang exco kami di Selangor telah bertindak dengan baik untuk mempertahankan PAKATAN RAKYAT. Bayangkan sekiranya 4 orang exco bersama 6 exco pakatan Rakyat yang lain meletak jawatan. Tan Sri Khalid Ibrahim berhak meminta Sultan untuk membubarkan Dun Negeri Selangor. Adakah ini yang DAP mahu? Adakah ini amanah rakyat yang dilaung laungkan oleh DAP dalam titik persamaan dalam Pakatan Rakyat?

Dalam konvesyen Pakatan Rakyat di Setia Alam baru baru ini. Semua Anggota Pakatan Rakyat menegaskan akan mempertahankan ISLAM sebagai Agama Perseketuan, menghormati sistem Raja berpelembagaan, Namun tindakan DAP tidak menggambarkan pegangan sedemikan rupa. DAP nampaknya lebih menurut dan pak turut kepada PKR yang dipimpin Ketua UMUM PKR dengan mengangguk apa sahaja tanpa rasional yang kukuh. PAS bersama PR atas dasar prinsip kebersamaan menjaga maslahah dan kebajikan Rakyat. PAS tidak akan mempermainkan amanah rakyat untuk sengaja membazirkan duit rakyat dalam menjayakan mana- mana DUN MOVE.

Akhirnya, kami mengulangi untuk menegaskan kepada CEC DAP, bahawa tudingan kepada 4 exco kami dari Selangor hendaklah ditarik Balik atau DAP akan menghadapi risiko dipandang Masyarakat Melayu ISLAM sebagai sebuah PARTI yang tiada prinsip dan hanya menjaga kepentingan sendiri demi kelangsungan berkuasa dalam lanskap politik tempatan di Pulau pinang. Kami tiada masalah bekorban nama dan masa untuk rakan rakan di semua PRK yang ada termasuk PRK kajang. Namun , jika ini yang dibalas, DAP perlu ingat bahawa DAP bukan sahaja Nampak sebagai pak turut kepada PKR, bahkan menjadi batu loncatan kepada UMNO dan BN untuk merancang balik merobek kerusi kerusi mereka di masa akan datang. PAS tidak punya kerugian yang Besar. Kerana Kami berjuang, bukan setakat laba di Dunia tetapi Kami percaya segala usaha Kami akan Diganjarkan Ganjaran yang Besar oleh ALLAH.

Ustaz Norazli bin Musa
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak.
23hb September 2014

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR