Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday 19 May 2012

Akhbar Umno Tidak Layak Cakap Soal Etika - Abim

Salmiyah Harun, 19 Mei 2012
 
KAJANG: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menegaskan akhbar milik Umno seperti Utusan Malaysia atau Kosmo tidak layak untuk bercakap soal etika kewartawanan.

Ini kerana, menurut Presiden Abim, Amidi Abd Manan akhbar berkenaan dengan jelas telah mencabul etika kewartawanan berdasarkan laporan yang bukan sahaja tidak adil bahkan memperbodohkan pembaca.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab asakan wartawan yang mempersoalkan mengapa Abim selaku penganjur Seminar Media Arus Perdana: Etika Kewartawanan dan Masa Depan tidak menjemput wakil akhbar arus perdana seperti Utusan atau Kosmo.

"Kita tidak jemput Utusan atau Kosmo sebab mereka dengan jelas cabul etika kewartawanan. Kita panggil mereka (akhbar) yang beretika sahaja," katanya dalam sidang media.

Malah katanya, etika kewartawanan telah dimusnahkan oleh akhbar berkenaan kerana tiga perkara iaitu pemilikan media, 'political master' dan iklan yang disiarkan.

Seminar yang diadakan di Kompleks Dar Al-Hikmah Sungai Ramal membariskan tiga orang panel iaitu, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf Datuk Abdul Jalil Ali, Ketua Editor Malaysiakini Fathi Aris Omar dan Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman.

"Kalau kita hendak berhujah dalam hal ini, orang yang kita panggil adalah jelas etikanya. Kita beri keadilan kepada mereka untuk bercakap soal etika," tegasnya.

Tambahnya, seminar ini adalah satu peluang yang adil untuk mendidik masyarakat apakah etika kewartawanan yang sebenar.

"Contohnya, kita jumput di kalangan mereka adalah perompak dan bercakap dalam soal rompakan," tegas beliau yang mempertahankan tindakannya, tidak menjemput akhbar arus perdana dalam seminar itu.

Justeru, Abim dan beberapa Ngo yang lain menyatakan pendirian tentang etika kewartawanan pada masa depan dengan menolak segala laporan berbentuk lucah, mengaibkan seseorang di ruang awam, 'Character assassination' dengan menginjak-injak maruah, memalukan seseorang secara sewenang-wenangnya bukan sahaja tidak beretika tetapi mencabul hukum agama.

Abim juga menyeru pihak pemerintah dah oposisi mengambil kira akan prinsip asas media dan kewartawanan wajib berdasarkan fakta, kebenaran dan sumber yang sah.

Dan, Abim menyeru masyarakat untuk menolak dan menyatakan bantahan secara terbuka terhadap laporan dan pemberitaan yang melanggar nilai dan etika kewartawanan.


Resolusi



Seminar yang berlangsung setengah hari itu turut menggariskan empat resolusi iaitu:

Etika kewartawanan yang berasaskan cita-cita bagi menegakkan kebenaran, ketelusan dan keadilan dalam masyarakat dan negara hendaklah menjadi falsafah dan dasar utama industri media negara.
Seluruh saluran media terutama media arus perdana digesa lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan dan menyebarkan berita dan maklumat kepada masyarakat.

Pengamal media dituntut untuk sentiasa berpegang teguh kepada etika kewartawanan yang mementingkan nilai-nilai moral dan akhlak dalam usaha menyampaikan berita dan mendidik masyarakat.

Ini memastikan industri media menjadi ejen pencerdasan dan pembudayaan pemikiran dan nilai hidup bertamadun dan bukan sebagai organ yang dilihat cuba untuk merendahkan kualiti hidup dan pemikiran masyarakat menerusi sumber maklumat yang tidak tepat, berbahasa kesat, berunsur lucah menjadi punca perbalahan sesama rakyat.

Media hendaklah meningkatkan tahap integriti sebagai organ yang berdikari dan berwibawa dan memastikan tidak terjebak sebagai penyebar ghibah dan fitnah dengan sengaja menerusi pemberitaan yang mengaibkan dan memalukan dan mencemarkan nama baik serta mencabul kesucian maruah manusia.

Pengamal media hendaklah menghormati hak rakyat untuk memperoleh berita yang benar dan beretika.

Oleh itu, media perlu bersikap sensitif dan memberikan perhatian serius terhadap kegelisahan dan penolakan masyarakat terbanyak terhadap budaya arus perdana hari ini dengan jelas melakukan pelanggaran berterusan terhadap etika dan niali-nilai murni yang dipaparkan kepada masyarakat. 

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR