Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday 28 May 2012

Masyarakat India bakal tolak BN dalam PRU13

28 May 2012

ABU: Mereka telah buktikan. Saya yakin janji mereka.Saya amat percaya, kerana saya telah saksikan pada PRU ke-12 yang lalu.Saluran-saluran yang didominasi oleh pengundi India tegar  menyokong Barisan Nasional sebelum ini, berpindah tangan dengan mendadak kepada pembangkang.Termasuklah peti undi di tempat saya membuang undi. Saluran tempat saya mengundi kebanyakan pengundinya dari kalangan pengundi berketurunan India mencatatkan 273 memilih Pas manakala hanya 71 memilih Barisan Nasional.Kini mereka berikrar lagi.Awas Barisan Nasional!!!!!

 
KUALA LUMPUR, 28 MEI: Menyedari nasib kaum India di Malaysia terus dipinggirkan oleh kerajaan UMNO-BN, kumpulan Malaysian Indian Voice (MIV) dan jawatankuasa bersama Barisan Bertindak Hak Kaum India (INDRAF 2.0) secara terbuka menyuarakan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat.

Satu majlis rapat rakyat telah diadakan di Brickfields di sini semalam untuk menyatakan pendirian kaum India dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Menurut pengerusi MIV, V.Raidu, ia akan bekerja keras untuk menukar kerajaan di peringkat Putrajaya supaya kerajaan baru Pakatan Rakyat dapat membela nasib kaum India yang telah lama dipinggirkan kerajaan UMNO-BN yang tidak bertanggungjawab.

“Matlamat kita adalah untuk meningkatkan mutu hidup masyarakat miskin India dari sudut ekonomi, sosial, politik dan sebagainya termasuk dalam sektor kerajaan mau pun swasta,” katanya.

Antara tuntutan NGO ini ialah isu pendidikan, hak kewarganegaraan, kad pengenalan, sosial dan ekonomi masyarakat India di samping menggesa kerajaan memupuk dan meningkatkan perhubungan antara kaum dengan menggubal Akta Hubungan Antara kaum dan Akta Perlindungan Minoriti.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang hadir pada majlis semalam berkata, kehadiran ribuan masyarakat India merupakan satu sejarah dalam menuntut perubahan demi generasi kini dan akan datang.

“Sejak 54 tahun di bawah UMNO-MCA-MIC, adakah kita dapat faedah? Yang paling beruntung adalah ‘UMNOputra, MCAputra dan MICputra…” katanya.

Justeru, beliau menyeru semua pihak termasuk kaum India supaya menyokong tuntutan BERSIH 2.0 dan 3.0 yang menuntut agar politik kotor dihentikan serta-merta.

“Kita mahu satu mesyuarat diadakan dengan semua parti-parti politik untuk hentikan politik kotor. Kita juga mahu jaminan dari BN sekiranya mereka kalah, mereka dapat menerima kekalahan tersebut dengan baik dan menyerahkan kuasa secara aman,” tambah beliau.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pula menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menolak UMNO-BN kerana mereka sering memainkan isu perkauman untuk memecahbelahkan kesatuan rakyat semata-mata  untuk menang pilihan raya.

“Isu perkauman ditaja sendiri oleh pemerintah dan mereka inilah pemerintah yang ‘dajal’ dan tidak berwibawa….” katanya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

“Sepatutnya kerajaan mainkan peranan untuk satukan rakyat, bukan pecahbelahkan,” ujarnya lagi, menambah bahawa beliau tidak akan berganjak bagi merubah politik Malaysia yang semakin kotor dengan politik perkauman.
 
 Majlis INDRAF 2.0 berlangsung dengan aman dan berjaya menarik ribuan hadirin.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, semua rakyat perlu menerima hakikat  bahawa semua kaum harus dihormati dan dimuliakan.

“Percayalah dengan pendirian Pakatan Rakyat. Ini bukan masalah orang India sahaja, ini masalah kita semua. Ini masalah negara,” ujarnya.

Katanya, orang Melayu tidak akan rugi malah akan lebih dihormati kalau pemimpin menunjukkan sikap yang adil.

“UMNO tidak berhak untuk menafikan hak rakyat negara ini. Kerajaan UMNO-BN gagal untuk melindungi rakyatnya sendiri,” ujarnya lagi.

Antara wakil dan pimpinan NGO serta parti politik yang hadir serta memberi ucapan ialah bekas pemimpin UMNO Tamrin Ghaffar dan Datuk Mazlan Haron mewakili Amanah Merdeka; Datuk  Thasleem Mohamed mewakili Badan Hak Asasi Kaum India (NIAT) serta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr. P.Ramasamy, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah, EXCO Selangor Ronnie Liew, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dan ramai lagi. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR