Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday 26 May 2012

Belia di Malaysia bukan 'demo crazy', kata Najib

Najib menggariskan lima ciri penting iaitu cintakan keamanan, beradab, berhemah mulia, tertib dan menghormati undang-undang perlu disemai pada belia di negara ini untuk menjamin masa depan negara.

Contoh petikan ucapan orang beradap dan berhemah mulia yang boleh ditiru oleh golongan belia:


26 Mei 2012
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa golongan belia di negara ini bukan 'demo crazy' (mabuk berdemonstrasi) tetapi sebaliknya mereka sentiasa menghormati dan menyanjung prinsip demokrasi berparlimen.

Perdana Menteri berkata belia yang berindak liar dengan menyerang, menendang dan membaling batu ke arah anggota polis serta melonjak-lonjak di atas kereta peronda polis bukan contoh belia di negara ini.

Beliau berkata belia telah duduk secara aman tanpa perasaan ketakutan dan orang awam juga tidak berasa cemas.

"Yang boleh menjadi contoh belia negara adalah macam saudara-saudari yang herhimpun secara aman di sini yang menyuarakan bahawa cintakan keamanan.

"Jangan biarkan segelintir belia rampas agenda dan imej negara kita. Jangan biarkan mereka merebut kuasa dalam negara kita," katanya pada majlis pelancaran Hari Belia 2012 di sini.

"Kita mengamalkan prinsip demokrasai berparlimen tetapi ia bukan bererti rusuhan jalanan, membaling batu, menendang anggota polis. Itu bukan demokrasi...itu 'demo crazy' namanya," katanya.

Hadir pada majlis tersebut termasuk isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan timbalannya Datuk Razali Ibrahim.

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri menyaran supaya golongan belia menggunakan kuasa dengan penuh kematangan dan kebijaksanaan bagi memilih pemimpin negara.

"Jangan termakan hasutan dan finah dalam internet serta ucapan-ucapan oleh mereka yang tidak bertanggungjbawab untuk menghasut kita.

"Kita harus tahu untuk memilih antara intan dan permata. Siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini. Siapa boleh menjamin? Siapa?," katanya.
 
Najib menggariskan lima ciri penting iaitu cintakan keamanan, beradab, berhemah mulia, tertib dan menghormati undang-undang perlu disemai pada belia di negara ini untuk menjamin masa depan negara.

Beliau berkata kehadiran belia dengan memakai baju-T berwarna warni menunjukkan belia berdiri teguh di belakang kerajaan.

"Walaupun baju berwarna-warni tetapi hati tetap satu yang sebulat rasa bahawa yakin dengan kerajaan yang ada hari ini. Bukan kita suruh anda sokong kita, tetapi belia sudah matang, sudah masak pemikirannya dan tahu membuat penilaian.

"Perkataan 'I Love PM' dan 'We Love PM', isteri saya tidak cemburu sebab love ini menggambarkan rasa hormat dan kasih pada pemimpin. Saya ucapkan terima kasih kepada belia," katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara 2012 kepada Pertubuhan Belia Chekas, Kampung Peruas, Raub, Pahang yang menerima Anugerah Perdana Pertubuhan Belia 2012.

Sementara Anugerah Perdana Belia Negara kategori lelaki dan wanita masing-masing dinobatkan kepada guru Mohd Zuraidi Komari dan usahawan Haryaty Hamdzah.

Kategori 'Pencapaian Luar Biasa' diungguli Suwaibah Muhammad Nasir manakala K.Murali dan Leong Fang Hui muncul pemenang kategori '1Belia 1Malaysia'.- Bernama

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR