Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday 17 May 2012

Akibat Perebutan Kuasa UMNO Pernah di batalkan



Muhyiddin berkata anasir dan tindak-tanduk melampau perlu ditolak bagi menjamin kestabilan politik. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 17 Mei — Sejarah kehancuran bangsa dan negara serta keruntuhan tamadun lampau akibat perebutan kuasa yang banyak dipaparkan dalam karya-karya sastera klasik Melayu serta tamadun lain wajar dijadikan tauladan oleh Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata banyak iktibar yang boleh didapati daripada karya-karya mengenai peperangan, perbalahan dan perpecahan sesama sendiri agar Malaysia tidak terjerumus ke dalam kancah perebutan kuasa yang tidak demokratik, apatah lagi dengan menggunakan pelbagai muslihat kotor dan tidak beretika.

“Saya berharap pengajaran daripada peristiwa peperangan, perbalahan, perebutan kuasa sama ada yang dikisahkan dalam Hikayat Tiga Negara atau Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa dan yang lain-lainnya hendaklah dijadikan iktibar agar kita tidak terjebak dalam kancah yang merugikan itu yang boleh menghancurkan negara,” katanya.

Berucap pada majlis pelancaran buku “Hikayat Tiga Negara” di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata mengambil iktibar daripada pelbagai peristiwa yang ditulis itu, rakyat negara ini seharusnya tidak memandang ringan kepada perpaduan dan kerjasama antara kaum yang telah berjaya dibentuk di negara ini dengan membiarkannya dimusnahkan oleh gerakan atau tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya kejayaan negara mencapai kemerdekaan dan membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 telah dicemburui oleh banyak pihak sehingga ada yang beria-ia hendak menidakkannya dengan pelbagai gelagat yang berniat jahat dan tohmahan yang tidak berasas.

“Justeru itu, kita hendaklah memastikan segala kesejahteraan hidup dan kemakmuran yang telah kita capai itu tidak dirosakkan oleh golongan tertentu yang tidak bertanggungjawab itu.

“Demi menjamin kestabilan dan ketahanan politik, sosial dan ekonomi negara ini, kita harus menolak segala bentuk anasir dan tindak-tanduk melampau yang sengaja dicetuskan oleh sesetengah pihak yang cemburu akan keharmonian rakyat pelbagai keturunan dan kepesatan pembangunan yang telah dilaksana oleh kerajaan sejak negara kita mencapai kemerdekaan,” katanya.

Hikayat Tiga Negara adalah karya terjemahan kesusasteraan klasik China berjudul “San Guo Yan Yi”, yang mengisahkan peristiwa pemberontakan dan kebangkitan negara Wei, Shu dan Wu yang sentiasa berperang sehinggalah kejatuhan setiap negara itu yang berpunca daripada sebab dan akibat yang jelas.

Muhyiddin berkata lima prinsip etika yang disebut dalam Hikayat Tiga Negara iaitu nilai-nilai kemurahan hati (Ren), kesetiakawanan (Yi), tatasusila (Li), kebijaksanaan (Zhi) dan amanah (Xin) dalam konteks negara dapat dipertalikan dengan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi asas keutuhan sistem kenegaraan di Malaysia.

Penerbitan karya-karya klasik yang dikategorikan sebagai karya agung merupakan satu daripada usaha kerajaan untuk menyuburkan literasi budaya dan ilmu dalam masyarakat di negara ini, sekaligus merupakan penghormatan negara kepada karya-karya agung yang berlatarbelakangkan bangsa dan budaya bangsa, katanya.

Buku hikayat itu pernah diterjemah ke dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Rusia, Jepun, dan Korea.

Hikayat Tiga Negara, yang diterjemahkan bersama oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (Perspektif), dibahagikan kepada empat jilid dan dijual dengan harga RM180 (kulit lembut) dan RM250 (kulit keras). — Bernama

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR