Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday 28 May 2012

Rasa Hendak Bagi Pelempang Kepada Orang Yang Keluarkan Kenyataan Sebodoh Ini

'Apa bukti orang Umno baling objek'

ABU: Umum telah mengetahui, sejak dahulu lagi tidak boleh diadakan dua ceramah yang berbeza parti politik di tempat yang terlalu hampir atau berdekatan. Lebih-lebih lagi dalam suasana politik yang kelihatan tegang seperti sekarang.Dalam siri-siri ceramah yang telah berlangsung, dilihat pihak UMNO Barisan Nasional sedaya upaya untuk menghimpit ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.Untuk apa melakukan hal yang demikian, tidak lain tidak bukan hanya untuk mencetuskan perbalahan yang seterusnya menjadi pergaduhan. Apabila situasi itu terjadi maka ceramah-ceramah yang dianjurkan tidak mendapat sambutan.Senanglah pihak pemerintah memainkan isu melalui media-media massa yang dikawal mereka.Pihak berkuasa pula terpaksa akur dengan kehendak dan kedegilan pihak UMNO ini. Saya telah saksikan kesungguhan pihak (pegawai) polis dalam menangani perkara ini di Matang Gerdu dekat Bagan Serai baru-baru ini. Lebih daripada tiga kali pegawai yang bertugas menasihatkan agar pihak UMNO yang memohon permit kemudian daripada yang  dipohon oleh pihak Pakatan Rakyat menukar lokasi ceramah mereka yang diadakan dengan jarak yang terlalu hampir dengan Pakatan, namun mereka berdegil.Kedegilan itu mungkin kerana terlalu banyak memakan pemberian subsidi, agaknya. Campur tangan pihak atasan dan orang besar politik akhirnya menyebabkan pegawai yang terlibat terpaksa akur.Mujurlah orang-orang Bagan Serai sangat sporting, tiadalah terjadi apa-apa yang tidak diingini.Seperkara lagi hujah yang dijaja oleh pemimpin UMNO Barisan Nasional adalah dengan mengatakan pembangkang sering memburuk-burukkan imej polis. Kenapa tidak? Mengapa kita sanggup membakar sarang tebuan atau lebah kesemuanya, padahal yang mungkin menyengat atau menggigit kita hanya seekor. Kita melakukan yang demikian kerana lebah dan tebuan itu mungkin berbahaya kerana telah menyerang kita. Begitu juga dengan pihak polis, mereka menjadi ancaman kepada peserta BERSIH kerana mereka menerima dan mendapat arahan daripada pemimpin Barisan Nasional. Jika pemimpin-pemimpin yang sering menggunakan arahan untuk menyerang peserta BERSIH ini disingkirkan, polis-polis ini akan kita jadikan kawan yang bermanafaat seperti juga lebah yang memberi madu yang berkhasiat.Isu mata lebam yang dimainkan pula bagi menyatakan maksud tersirat dan menjawab persoalan "mengapa mata Anwar boleh menjadi lebam?". Jika mengikut laporan media arus perdana dan pro kerajaan sedikit masa dulu, Anwar mencederakan dirinya sendiri.Betulkah begitu?Jika tidak, itulah yang akan kita perbetulkan sampai bila-bila hingga menjadi betul dan menjadi sejarah kepada generasi akan datang dan dikenang sampai bila-bila.Mata Anwar lebam sebab ditumbuk oleh Ketua Polis Negara.Dan benarlah, segala bentuk kerosakan yang berlaku di muka bumi Malaysia pada hari ini adalah berpunca dan disebabkan oleh sesetengah pemimpin dan orang-orang UMNO. Bukan oleh UMNO kerana UMNO hanyalah sebuah parti yang diorganisasikan oleh pemimpin-pemimpin yang kebanyakannya berakhlak buruk, rakus dan haloba.

'Apa bukti orang Umno baling objek'
Mohamad Sazali Kamilan
28 Mei 2012
SAYA sempat melihat beberapa rakaman video di laman Youtube, berhubung insiden di Perumahan Pantai Permai, Lembah Pantai, sebaik terbaca kenyataan dalam akhbar tempatan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa dia ada bukti video terhadap insiden tersebut dan seterusnya menolak dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan provokasi ketika ceramah.

Saya mengulangi kenyataan bahawa tiada siapa yang boleh kata secara tepat sebenarnya dari mana datangnya objek-objek, dan dari mana bermulanya balingan objek-objek yang terkena para hadirin dari kedua-dua belah pihak.

Setakat menuduh sepertimana yang dibuat oleh Nurul Izzah memang mudah. Apa buktinya orang Umno yang baling sehingga ada yang cedera. Yang kita tahu Anwar tiba-tiba tuduh Pemuda Umno yang baling batu. Selepas itu, Anwar hambur kata-kata yang menghina Pemuda Umno.

Nurul Izzah sepatutnya takrifkan mana satu dari suntingan video tersebut yang dikatakan keganasan orang Umno. Nurul Izzah sila jawab sekiranya sorakan dan “boo” itu adalah keganasan. Sebenarnya bukan Umno sahaja tetapi orang awam di sekitar perumahan tersebut juga menyampah dengan kehadiran Anwar. Mereka bercakap sesama sendiri “apa lagi yang Anwar nak bohong”.

Saya dimaklumkan, pada ketika ada seorang ahli mereka terkena balingan objek, terdapat ahli Umno berbaju merah dan berlogo Umno di kawasan ceramah mereka yang membantu ahli mereka (PKR) yang cedera itu. Kalau betul Pemuda Umno yang buat (balingan tersebut) kenapa tidak “pegang” dia.

Saya difahamkan laporan polis juga telah dibuat oleh pihak Nurul Izzah. Maka, biarlah pihak polis buat siasatan. Ekoran itu, saya juga menyelar sikap dolak dalik Nurul Izzah. Sekejap tak percaya polis, sekejap percaya pulak. Selain itu, seringkali secara konsisten mereka tak percaya kepada video. Mereka mengatakan video boleh diedit dan dimanipulasi mengikut kehendak dan kepentingan sesuatu pihak. Siapa yang boleh menentukan pihak mana yang memulakan keganasan. Yang tak dinafikan oleh mana-mana pihak, video ataupun tidak adalah kata-kata kesat Anwar kepada Pemuda Umno.

Justeru, yang ingin kami ketengahkan ialah politik provokasi yang diamalkan oleh mereka, yang konsisten sepertimana dalam Bersih 3.0 tempoh hari. Kami yakin semua gambar dari video tersebut akan disunting untuk diposterkan sewaktu PRU sepertimana poster “mata lebam” pada PRU lepas-lepas.

Datuk Mohamad Sazali Kamilan, Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR