Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday 17 May 2012

AMK kecam cadangan kerajaan tubuh Majlis Peguam Alternatif

(Lee Khai Loon: Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia)

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mengecam cadangan kerajaan untuk menubuh Akademi Undang-undang sebagai alternatif kepada Majlis Peguam Malaysia serta bercanggah dengan prinsip serta bidang kuasa yang jelas termaktub dalam Akta Profesion Undang-undang 1976.

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Abdul Aziz yang berkeras untuk menghidupkan kembali “Rang Undang-undang Akademi Undang-undang 2002” yang sebenarnya telah dua kali diketepikan telah mengakibatkan duluan yang buruk kepada sistem demokrasi.

Tindakan unilateral tersebut telah menunjukkan kerajaan Umno BN tidak berupaya untuk menangani perbezaan pendapat yang ada di kalangan masyarakat sivil.

Sejak Majlis Peguam Malaysia mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dan meluluskan usul tergempar yang mengutuk keganasan polis dalam menangani Himpunan Bersih 3.0, kerajaan Umno/BN telah mempunyai buruk sangka terhadap Majlis Peguam serta melabelkannya sebagai parti pembangkang.

Sementara Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Majlis Peguam tidak berhak langsung untuk menolak cadangan penubuhan Akademi Undang-undang, beliau juga menjelaskan bahawa penubuhan akademi adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan peguam.

Kenyataan beliau adalah memutar-belitkan konsep kebebasan berpersatuan serta mengelirukan masyarakat umum terhadap peranan Majlis Peguam Malaysia yang kritis dalam isu penyelewengan salahguna kuasa kerajaan.

Bukankah Perdana Menteri Najib Razak berulang kali menegaskan bahawa rakyat boleh menyampaikan bantahan atau sokongan melalui undi dalam sistem demokrasi yang ada sekarang?

Mengapakah sebuah badan profesional yang mengadakan mesyuarat agung luar biasa melalui proses demokrasi pula dilihat sebagai parti pembangkang?

Apakah kerajaan Umno BN hanya membenarkan badan profesional seperti Majlis Peguam Malaysia untuk menyokong kerajaan sahaja? Adakah Majlis Peguam berbuta dan berbisu terhadap penyelewengan dan salahguna kuasa yang ada pada kerajaan dan polis?

AMK berpendapat bahawa cara kerajaan Umno BN dalam menangani pandangan yang berbeza amat ketinggalan zaman dan tidak matang. Apakah kerajaan hanya berupaya untuk menubuhkan badan alternatif untuk mengganti badan yang kritikal terhadap polisi kerajaan?

Dengan merujuk kepada respon regresif serta tuduhan yang tidak berasas yang dibuat oleh kerajaan dan polis terhadap Majlis Peguam, Umno BN tidak faham konsep pembahagian kuasa dan semangat profesionalisme. Kerajaan juga dilihat jahil terhadap kuasa pemantauan daripada masyarakat sivil di bawah sistem demokrasi yang ada.

Oleh itu, AMK membantah sekeras-kerasnya terhadap sebarang cubaan kerajaan untuk menubuh Akademi Undang-undang. Sekiranya kerajaan berkeras dengan cadangan tersebut, maka ia hanya menipu sendiri dan tidak berupaya untuk menyelamat kredibiliti kerajaan yang kian hari kian runtuh.

AMK menyeru PM Najib Razak untuk menunaikan janji Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan mendengari suara rakyat dengan hati terbuka. Tibalah masa untuk menamatkan era kerajaan autokratik yang seolah-olah mengetahui segala-galanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30557

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR