Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday 29 May 2012

Kelab Putera 1Malaysia tidak lagi tumpu bawa balik gadis ikut teman lelaki

29 Mei 2012
SEPANG - Kelab Putera 1Malaysia akan menghentikan usaha membawa balik gadis yang lari mengikut teman lelaki bagi menumpukan kepada kes lain yang lebih serius seperti kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik.
  
Presidennya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata keputusan itu juga sebagai pengajaran kepada gadis dan keluarganya agar tidak mengambil kesempatan daripada keprihatinan kelab berkenaan.
  
"Cukuplah saya rasa buat masa ini, kerana lebih banyak agenda lain yang lebih serius perlu diberi perhatian kecuali kes yang benar-benar serius atau membabitkan gadis di bawah umur," katanya ketika ditemui pemberita di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini hari ini.
  
Beliau sebelum itu menyambut kepulangan Suriani Abdul Wahab, 21, yang melarikan diri mengikut lelaki dari Lombok, Indonesia dikenali sebagai Madun, kira-kira empat tahun lalu.
  
Gadis dari Baling, Kedah itu juga telah berkahwin dengan pemuda tersebut dan dikurniakan anak perempuan berusia dua tahun. Kelab berkenaan dijangka membawa anak dan suami Suriani ke negara ini minggu depan.

Abdul Azeez berkata sehingga kini, sebanyak 51 kes gadis lari mengikut lelaki ke Lombok berjaya diselesaikan dan setiap kes bukan sahaja sukar diselesaikan tetapi juga menelan kos iaitu kira-kira RM8,000.
   
"Kita bukannya kejam tapi merasakan tindakan itu lebih kepada untuk memberikan pengajaran kepada gadis-gadis serta ibu bapa supaya tidak sewenangnya mengambil kesempatan di atas keperihatinan kelab," katanya.
  
Beliau turut menasihati anak gadis di negara ini agar berfikir panjang sebelum lari mengikut teman lelaki ke Indonesia kerana mereka berdepan risiko dikena hukuman berat oleh pemerintah negara itu jika tersalah langkah.
  
Sementara itu, bapa Suriani,  Abdul Wahab Salleh,52, berkata tiada apa yang dapat beliau ucapkan selain rasa syukur dan terima kasih kepada Kelab Putera 1Malaysia di atas bantuan yang diberi.
  
"Siapa yang tidak gembira lihat anak yang dirindui selama ini pulang dengan selamat, jika selepas ini menantu dan cucunya kembali saya akan terima dengan seadanya," katanya.
  
Beliau juga berhasrat menghantar anak keempat daripada enam beradik itu mendalami ilmu agama selepas ini bagi memberikan kesedaran kepadanya. - Bernama.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR