DAP Akui Pengundi Cina Tolak Dyana Sofya
Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
TELUK INTAN: DAP pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan mengakui sukar untuk mendapat sokongan pengundi Cina berikutan meletakkan calon Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud mewakili parti itu.
Perkara itu diakui sendiri oleh Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang berharap pengundi Cina di kawasan tersebut akan memberi sokongan walaupun calon parti itu berbangsa Melayu.
"Saya harap mereka (pengundi Cina) kali ini lain daripada yang lain dengan menolak politik perkauman.
"Mereka akan menyokong politik seMalaysia dan menunjukkan mereka warga negara ini dengan menyokong Dyana Sofya walaupun beliau seorang Melayu," katanya pada sidang media di pejabat operasi DAP di sini, Jumaat.
Dalam pada itu, Dyana memberitahu, pengundi di Teluk Intan bijak untuk memilih wakil rakyat dengan memecahkan jurang perbezaan kaum.
Menurutnya, beliau percaya pengundi dapat menolak politik perkauman di samping menilai kebolehannya dari segi idea dan prinsip yang ditawarkan untuk rakyat.
"Saya percaya rakyat di Teluk Intan boleh mengundi tanpa mengira warna kulit, keturunan dan kaum," katanya.
Ditanya mengenai sokongan pengundi Cina, Dyana hanya menjawab beliau mendapat sokongan amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
"Saya fikir mereka bijak untuk membuat pilihan. Saya percaya adanya pepecahan tembok perkauman pada Sabtu," katanya.
Kawasan Parlimen Teluk Intan terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, 38 peratus Melayu dan 19 peratus India.
PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu.
Ceramah penutup kempen Dyana di P076 Teluk Intan penuh sesak
Kempen
Dyana untuk pilihanraya kecil P076 di Teluk Intan di tutup dengan
ceramah mega yang dibanjiri rakyat tempatan dan juga luar.
Pimpinan Pakatan Rakyat berganding bahu berceramah di hadapan puluhan ribu manusia yang membanjiri Teluk Intan.
Antara
penceramah yang hadir adalah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Hj Mohamad
Sabu, Khalid Samad, Tamrin Ghafar Baba dan pimpinan tempatan yang lain.
Dyana
Sofya sendiri turut berceramah dengan sepenuh tenaga menyampaikan
misinya dalam prk ini yang antara lain katanya, tidak kira apa warna
kulit, kita tetap rakyat Malaysia.
Tindakan DAP Main Taktik Kotor Tanda DAP Takut Dan Terdesak
TELUK INTAN, 30 Mei - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin hari ini menyelar DAP yang dianggap menggunakan taktik kempen
kotor untuk menang pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN),
berkata tindakan sedemikian menggambarkan DAP takut tidak mampu
memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan.
“Pelbagai taktik kotor pembangkang gunakan, dan kita (BN) tidak akan
tunduk kepada tekanan. Malah kita ambil tindakan proaktif dan tidak akan
mengikut seperti mereka,” katanya selepas hadir majlis sarapan pagi
bersama 25 Badan Bukan Kerajaan (NGO) kaum India di sini hari ini.
BN menurunkan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, yang juga bekas
anggota Parlimen kawasan itu untuk bertanding pada PRK Teluk Intan, dan
DAP mencalonkan Dyana Sofya Mohd Daud, setiausaha politik kepada
Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Muhyiddin berkata selain itu, ceramah besar-besaran membabitkan calon
dan pemimpin pembangkang yang diadakan malam tadi turut melambangkan
mereka tidak menghormati kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah.
Almarhum Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada Rabu dan dikebumikan
lewat petang semalam di Makam Diraja Kuala Kangsar. Perak kini dalam
tempoh berkabung selama 100 hari dan dalam tempoh seminggu pertama,
semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan.
Pada PRK Teluk Intan, pihak pembangkang melemparkan pelbagai tohmahan
terhadap BN dan calonnya Mah, selain didakwa melempar cat hitam dan
merah terhadap beberapa poster Mah serta mencontengnya dengan perkataan
‘bodoh’.
Mah sebelum ini turut mendakwa pembangkang menyebarkan maklumat palsu
melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), meminta penduduk Teluk Intan
dating ke pejabatnya untuk mendapatkan sumbangan kewangan.
Berita palsu ini menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai apabila gagal memperoleh sumbangan itu.
Menyentuh kempen BN, Muhyiddin berkata jentera BN akan menggunakan
tempoh terakhir berkempen hari ini untuk terus menarik sokongan
pengundi, dengan memberi tumpuan kepada beberapa kawasan tertentu.
Muhyiddin berkata penjelasan berterusan oleh jentera parti bagi
menjawab pelbagai tohmahan pembangkang, khususnya mengenai kos hidup,
cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan rasuah diterima dengan baik.
“Saya percaya isu-isu ini tidak akan berlarutan,” katanya.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, timbalan perdana menteri
berkata kaum India yang mewakili kira-kira 20 peratus pengundi kawasan
itu turut mempunyai peranan besar untuk menentukan kemenangan BN di
Teluk Intan.
DAP TERDESAK DI TELUK INTAN... SELEPAS RBA GAGAL PERDAYA PRO-BN, DAP KEMUDIAN BUAT LAPORAN POLIS!!! - (THE FLYING KICK)
(Berita Arkib)
PAS TERDESAK SOKONG CALON TOLAK HUDUD
Tindakan PAS menyokong kempen calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di Perak adalah disebabkan desakan politik meskipun ternyata calon itu menolak hudud, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pakatan pembangkang tidak lagi berpegang kepada prinsip masing-masing.
“Ini satu desakan politik, walaupun banyak percanggahan bukan sahaja ketika PRK namun ia berlaku sebelum-sebelum ini dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat, bukan hanya dari segi percanggahan hukum, ia termasuk dasar-dasar lain.
“Ini perkongsian tidak teguh kerana pasal ada kepentingan politik dan bagi saya ia bukan sesuatu yang menghairankan. Walaupun calon itu menentang hudud, dia tetap disokong Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kerana soal prinsip bukan lagi menjadi satu pegangan utama, katanya kepada pemberita ketika berkunjung ke Kota Iskandar, pusat pentadbiran negeri Johor di sini Selasa.
Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas tindakan Abdul Hadi yang turun padang menyokong kempen calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud meskipun wanita itu dengan secara terang-terangan menolak hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri mendengar taklimat lebih sejam daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar tentang pembangunan negeri Johor. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Selain itu, Muhyiddin turut menyelar pembangkang yang memutarbelitkan fakta kononnya calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong mahu menerima jawatan senator sekiranya dilantik.
“Saya menghormati pandangan Datuk Mah yang tidak mahu dilantik selaku senator kerana jika beliau mahu, sebelum ini sudah boleh dilantik.
“Namun, beliau lebih berminat bekerja untuk parti dan komuniti masyarakat Cina dan beliau tidak memikirkan soal perjawatannya. Kita mahukan beliau menang dan mana tahu akan dilantik oleh Perdana Menteri dalam barisan kabinet kelak,” katanya.
Mengulas tentang 56.04 peratus keluar mengundi pada PRK Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada Ahad lepas, Muhyiddin berkata ia mengejutkan kerana peratus keluar mengundi itu paling rendah dalam sejarah pilihan raya kecil negara ini.
Bagaimanapun, beliau berharap rakyat keluar beramai-ramai untuk mengundi pada PRK Teluk Intan 31 Mei ini yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mah dan Dyana Sofya.
(Berita Arkib)
PRK Teluk Intan: Sediakan Pengangkutan Bagi Pengundi Luar Kawasan Gambarkan DAP Terdesak
TELUK INTAN, 27 Mei (Bernama) Tindakan DAP menyediakan perkhidmatan pengangkutan dengan kadar tambang murah untuk membawa pengundi yang berada di luar kawasan pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan menggambarkan parti itu dalam keadaaan terdesak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata selain itu, tindakan DAP meminta sumbangan orang ramai untuk menampung perkhidmatan itu akan hanya menyusahkan rakyat.
"Kita sepatunya mudahkan rakyat. Beri peluang orang turun mengundi secara sukarela. Jangan paksa sehingga terpaksa meminta bantuan orang ramai untuk membantu membayar tambang pengundi," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga penerima hibah Amanah Raya di sini, Selasa.
Timbalan Setiausaha Agung DAP Datuk Ngeh Koo Ham, yang juga penasihat DAP Perak, mengumumkan parti itu akan mengadakan perkhidmatan bas dengan tambang RM10 pergi dan balik bagi membawa pulang pengundi dari Lembah Klang dan Singapura ke Teluk Intan.
Penasihat DAP Lim Kit Siang semalam menyuarakan kebimbangannya berhubung peluang parti itu untuk menang pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan jika peratusan keluar mengundi rendah.
Nancy berkata keupayaan sesebuah parti sebenarnya terletak di tangan orang tempatan yang datang mengundi secara ikhlas, dan bukannya dipaksa untuk mengundi.
"Selama ini, kita (Barisan Nasional) dah pegang kerajaan tanpa berbuat demikian. Kalau BN buat yang sama dua penggal lepas, saya rasa Mah (calon BN Datuk Mah Siew Keong) takkan kalah tapi sebagai sebuah negara demokrasi kita beri peluang pengundi berfikir dan mengundi dengan cara sendiri," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengundi Teluk Intan supaya memilih wakil rakyat yang benar-benar sanggup berkorban demi mereka.
Katanya, mereka perlu melihat sumbangan Mah yang terus berkhidmat di kawasan Parlimen, meskipun tewas pada pilihan raya umum 2008 dan 2013, berbanding calon DAP yang merupakan muka baharu.
Mah dicabar calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.
Sementara itu, Nancy berkata program Klinik Pusaka anjuran Amanah Raya akan terus diperluas bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan rakyat mengenai perkhidmatan syarikat pemegang amanah tersebut.
Beliau berkata sehingga kini lebih 870,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa telah mendaftar untuk perkhidmatan penulisan wasiat, dengan negeri Selangor mencatatkan pendaftaran tertinggi iaitu sebanyak 146,347.- BERNAMA
Berita Arkib :
BUKIT GELUGOR DAP TERDESAK POLITIKKAN MH370
Georgetown, 23 Mei - Calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor, Datuk Huan Cheng Guan dari Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini dalam sidang medianya mengecam tindakan Calon dari Parti DAP yang dilihat sengaja mempolitikkan insiden kehilangan pesawat MH370 yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia dan dunia amnya.
Merujuk kepada manifesto yang di iklankan didalam akhbar berbahasa Cina dimana salah satunya Ramkarpal berjanji akan menyelesaikan masalah MH370 jika beliau dipilih menjadi Wakil Rakyat bagi Parlimen Bukit Gelugor nanti.
Tindakan calon DAP itu dilihat sengaja menggunakan insiden MH370 ini untuk kepentingan peribadinya sendiri tanpa mempedulikan perasaan keluarga serta rakyat yang sehingga ke hari ini masih bersedih dengan insiden tersebut.
Datuk Huan juga menyifatkan bahawa calon DAP itu hanya mahu meraih simpati rakyat kerana manifestonya yang jelas menipu rakyat. Terdahulu, insiden kehilangan pesawat MH370 berlaku sejak dari bulan Mac lagi dan sejak daripada itu kerajaan tidak putus-putus berusaha menggerakkan operasi mencari dan menyelamat penumpang dan anak kapal yang terlibat daalam insiden terbabit.
Ketika kejadiaan itu berlaku, penyandang kerusi Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh juga masih lagi hidup dan tiada apa-apa tindakan yang dibuat olehnya untuk menyelesaikan insiden tersebut.
Tetapi pada hari ini, anaknya pula yang menjadi calon DAP berjanji kepada rakyat bahawa beliau mampu menyelesaikan insiden tersebut sedangkan mendiang bapanya sendiri tidak mampu menyelesaikanya.
Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa DAP kini terdesak untuk mencari jalan bagi meraih simpati para pengundi.
Tindakan ini juga membuktikan bahawa calon DAP tidak mengambil berat tentang keadaan serta permasalahan yang di hadapi oleh rakyat di Parlimen tersebut.
Sementara itu, Datuk Huan berkata, kerajaan Malaysia sudah melakukan yang terbaik didalam misi pencarian pesawat MH370 itu dan tidak sepatutnya mana-mana calon sekalipun mempolitikkan insiden berkenaan. -UtaraNews.com.
(Berita Arkib )
Pembangkang Semakin Terdesak, Guna Taktik Kotor Saat Akhir Berkempen – Tg Adnan
YAN, 3 Nov – Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor mengingatkan para pengundi termasuk petugas-petugas
Barisan Nasional(BN) agar berhati-hati dengan kempen propaganda
pembangkang yang menggunakan taktik-taktik kotor untuk mempengaruhi
pengundi serta memburukkan imej BN di mata masyarakat.
Menurut beliau, maklum balas yang beliau terima ialah pembangkang
kini sudah mula menggunakan tektik kotor untuk menimbulkan persepsi
negatif pengundi terhadap BN.
“Saya telah difahamkan mereka (pembangkang) telah membuat perang
psaikologi dengan menggantungkan gambar dan patung kaki untuk
memperlihatkan seolah-olah ini adalah kerja-kerja BN.
“Saya nak beritahu, bahawa ini bukanlah kerja kita dan perkara ini
kita mesti beritahu pada masyarakat di sini agar mereka tidak
terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mendakwa itu adalah perbuatan
BN,” jelas beliau kepada UMNO-Online.
Tambahnya lagi, beliau turut dimaklumkan bahawa pembangkang juga akan
menggangu lalu lintas pada hari mengundi untuk menjadikan jalan-jalan
di sekitar kawasan mengundi menjadi sesak.
“Mereka akan cuba membuat jalan raya menjadi sesak supaya pengundi
tidak dapat keluar mengundi. Jadi saya sarankan kepada para pengundi di
DUN Sungai Limau ini agar keluar awal supaya mereka dapat melaksanakan
amanah untuk membuang undi mereka pada PRK kali ini.
“Saya minta agar para pengundi jangan keluar lewat kerana saya
percaya puak-puak pembangkang ini akan menggunakan taktik-taktik kotor
oleh kerana mereka kini dalam keadaan terdesak. Dan mereka tahu bila
kita (BN) mula mendekatkan diri dengan rakyat, memperjelaskan
perancangan kerajaan serta menangkis tohmahan dan pembohongan mereka
selama ini, pembangkang sudah mula rasa terdesak,” ujarnya.
Justeru itu beliau meminta semua pengundi agar berhyati-hati dengan
tektik provokasi pembangkang di saat-saat akhir hari berkempen dan
meminta semua pengundi agar membulatkan tekad untuk memberikan undi
kepada calon BN.
“Saya berkeyakinan bahawa calon yang kita ketengahkan ini merupakan
calon yang terbaik dan mampu membantu rakyat di Sungai Limau. Ini kerana
kerajaaan negeri adalah dari BN begitu juga dengan kerajaan pusat dan
amat wajar sekiranya wakil di sini berikan kepada calon BN juga,”
tegasnya.
Beliau juga menyeru agar pengundi di sini berani untuk melakukan
penghijrahan untuk memilih wakil BN bagi menggantikan wakil Pas yang
sudah 25 tahun menjadi wakil di DUN Sungai Limau di sini.
“Rakyat di sini mesti berani berhijrah. Mereka sudah pun memilih
wakil dari Pas selama lima penggal, namun hasilnya DUN Sungai Limau
tetap seperti itu. Tidak ada salahnya jika pengundi di sini berani
berhijrah untuk mendapat sesuatu yang lebih baik bagi kawasan tempat
tinggal mereka,” akhiri beliau.-
MediaUMNO.