Proses pengiraan undi untuk pilihan raya Bukit Gelugor itu juga bermula dengan Ramkarpal jauh di depan calon-calon lain.
9:01pm: RASMI - Dewan Sri Penang SPR mengumumkan calon DAP Ramkarpal Singh diisytiharkan pemenang.
DAP - 41,242
PCM - 3,583
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - 799
Abu Backer Sidek - 225
Undi Rosak - 539
Majoriti - 37,659
8.29pm: Penyokong DAP melaungkan "Celaka! Celaka! Celaka!" untuk meraikan kejayaan Ramkarpal mengekalkan kerusi Bukit Gelugor untuk parti itu.
Sementara itu, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata jumlah pengundi yang kurang itu ekoran BN tidak bertanding.
Katanya, keputusan itu menunjukkan penyokong Ramkarpal tidak mendapat undi secukupnya dari kawasan Melayu.
"Undi diperolehi PCM dan Bebas adalah dari penyokong BN, pastinya jumlah keluar mengundi lebih besar jika BN bertanding," katanya.
Malaysia tewas dalam perlawanan akhir piala Thomas
Malaysia akhirnya tewas di tangan Jepun dalam Kejohanan Badminton Piala Thomas 2014 yang berlangsung di New Delhi bermula 5.30 petang tadi.
Perlawanan akhir yang dinanti-nantikan seluruh dunia itu bagaimanapun berlangsung sengit apabila penentuan hanya pada perlawanan kelima antara Daren Liew dan Takuma Ueda.
Daren tewas dalam perlawanan tiga set dengan keputusan 12-21, 21-18 dan 17-21.
Berikut keputusan semasa:
Lee Chong Wei (M'sia) lwn Kenichi Tago
Malaysia menang 21-12, 21-16.
Tan Boon Heong/Hoon Thien How lwn Kenichi Hayakama/Hiroyuki Endo
Malaysia tewas 21-12, 17-21, 19-21.
Chong Wei Feng lwn Kento Momota
Malaysia tewas 5-21, 17-21.
Goh V Shem/Tan Wee Kiong lwn Keigo Sonoda/Takeshi Kamura
Malaysia menang 19-21, 21-17, 21-12.
Daren Liew lwn Takuma Ueda
Malaysia tewas 12-21, 21-18, 17-21.
No comments:
Post a Comment