Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday, 23 May 2014

DAP DAN PKR Faham tentang Pendirian PAS dan HUDUD, Yang Tak Faham UMNO dan Ustaz Kazim...

1. Pagi ini saya sekali lagi berhalangan untuk menyampaikan kuliah di Medan Ilmu. Hasrat saya untuk mengulas tentang PRK Teluk Intan di sana, namun kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa meminta ia digantikan dengan pengkuliah yang lain.

2. Berhubung pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang bertanya pendirian saya berhubung isu hudud setelah calon DAP dikatakan membuat kenyataan menolak hudud. Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. PAS tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak daripada hari ia ditubuhkan lagi.

3. Di Teluk Intan, kerusi tersebut ialah kerusi DAP yang merupakan rakan tahaluf siyasi PAS. Bersama-sama DAP dan juga PKR, PAS telah bekerjasama membentuk Pakatan Rakyat dan sama-sama memperjuangkan keadilan dan membanteras rasuah. Sehingga hari ini DAP belum pernah menzalimi PAS sebagaimana yang dilakukan UMNO sebelum ini.

4. Justeru, apabila calon DAP dikatakan menolak hudud, ia tidak mengejutkan kerana itulah perbezaan PAS dengan DAP. Dalam hal ini, PAS sewajibnya berusaha lebih gigih memberikan kefahaman kepada DAP agar kebaikan dan keindahan hukum Islam ini dapat difahami dan diterima. Sebab itu, saya sentiasa menaruh harapan agar satu hari nanti DAP menerima hasrat PAS ini hasil dakwah berterusan yang tidak henti-henti.

5. Usia Pakatan Rakyat baru sahaja lima tahun. Dalam masa lima tahun, adalah satu perkara yang logik jika DAP masih belum memahami hasrat PAS dalam isu ini. Pihak yang patut malu ialah UMNO yang telah setengah abad bersahabat dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional, namun hingga sekarang masih gagal memberikan kefahaman tentang Islam. Bahkan ada ahli Parlimen UMNO sendiri secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan untuk mengundi menolak hudud di Parlimen nanti.

6. Saya kira UMNO perlu menilik wajah di cermin sebelum mentohmah PAS kononnya menggadaikan prinsip. Jerawat, kurap dan panau di badan sendiri masih bertompok merata tiba-tiba jari lurus menuding kononnya orang lain itulah pesakit kusta! Sedarkah UMNO bahawa parti Gerakan itulah yang menjanjikan rantai manusia bagi menghalang hudud dibentang?

7. Saya ingatkan sekali lagi, elakkanlah menjadikan isu hudud sebagai bahan kempen di Teluk Intan. Dalam pertarungan DAP dan Gerakan ini, tiada untungnya isu ini ditimbulkan. Pada saya, harapan saya tetap ingin melihat Pakatan Rakyat menang di Teluk Intan dan hudud akhirnya berjaya dilaksanakan!


Salam hormat.


HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 23 Rajab 1435H.

PRK Teluk Intan: DAP, PAS dicabar nyata pendirian isu hudud

 
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim, Shaarani Ismail dan Nurhayati Abllah 
 
PRK Teluk Intan:  DAP, PAS dicabar nyata  pendirian isu hudud    
 Muhyiddin beramah mesra dengan penduduk Kampung Sungai Samak pada 
 majlis jamuan rakyat sempena PRK Parlimen Teluk Intan, semalam. - Foto Abdullah Yusof
Parti tak beri penjelasan tanda wujud percanggahan

Teluk Intan: Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar DAP dan PAS supaya menjelaskan pendirian sebenar mereka berhubung isu hudud kepada rakyat, khususnya pengundi di Parlimen Teluk Intan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pendirian itu perlu dijelaskan kepada pengundi Melayu dan bukan Melayu atau Islam dan bukan Islam.

Perbezaan ketara

“Sehingga kini kedua-dua parti itu tidak dapat menjelaskan pendirian mereka, tetapi nyata mereka tidak dapat menjelaskannya kerana perbezaan agak begitu ketara sekali, percanggahan agak begitu jelas antara kedua-dua pihak berkenaan.

“Jadi soal ini bukan masalah kita (BN), itu mereka (DAP dan PAS) dan kalau mereka tak dapat menjelaskan, itu satu petanda bahawa mereka sendiri tidak tahu apa sikap dan pendirian yang sewajarnya diambil dalam menangani masalah hudud itu,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Erong, Hutan Melintang, dekat sini, semalam.-BH.


ABU: Ahli PAS pun ramai jugak yang seumpama yang tersebut di atas. Sikap malas mendengar tarbiah ataupun berusrah menjadi penyebab mereka jadi begitu. Kalangan pak lebai dan blogger pun tidak ketinggalan. Sikap angkuh dan merasa layak menjadi pemimpin sehinggakan mengeluarkan kenyataan yang menghiris perasaan jamaah yang ikhlas berjuang. 

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR