Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday 6 May 2014

Jamal Muhammad @ Pak Cik Jamal Kembali ke Rahmatullah, Al Fatihah


PUTRAJAYA - Jamal Muhamad, 75 atau lebih mesra disapa Pak Cik Jamal menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Jamal yang juga personaliti televisyen veteran popular dengan watak Speaker menerusi program Mini Parlimen terbitan RTM di era 80-an mengalami sesak nafas sejak kelmarin.

Dilaporkan, Allahyarham tenat dan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, semalam, selepas mengadu sesak nafas.

Allahyarham turut menjalani ujian khas mengesan virus Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) berikutan baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 30 April lalu.

Kematian Pakcik Jamal: PAS ucap takziah, satu kehilangan besar

MUHAMMAD FAIZAL |

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kematian Pakcik Jamal atau Jamal Muhammad, merupakan satu kehilangan besar kepada parti itu.

Jamal, 75, menghembus nafas terakhir kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Beliau tenat dan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, semalam, selepas mengadu sesak nafas.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang menghubungi Harakahdaily berkata, jasa dan pengorbanan yang diberikan Allahyarham kepada parti amat besar terutamanya dalam menaikkan nama Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

"PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Pakcik Jamal dan semoga rohnya dirahmati Allah Taala.

"Ini merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara, banyak jasa yang telah beliau berikan kepada kita terutamanya dalam program-program Pasti di peringkat awal sehinggakan Pasti dikenali dan diterima oleh orang ramai," jelasnya.

Tambah beliau lagi, Allahyarham Pakcik Jamal merupakan tokoh selebriti televisyen yang terawal menyertai PAS dan banyak pandangan serta sumbangan diberikan.

"Banyak jasanya, beliau popular sewaktu program Mini Parlimen RTM pada tahun 80-an dan mereka yang menyertai program tersebut ada yang memegang jawatan tinggi.

"Dari awal lagi beliau memberi pendedahan kepada kanak-kanak untuk menjadi pemimpin, sumbangan yang tidak dapat dinilai apatah kejayaan yang dimiliki oleh mereka yang menyertainya," sambung beliau.

Mahfuz yang berharap agar seluruh keluarga Pakcik Jamal dapat menempuhi dugaan atas kehilangan individu yang disayangi yang turut dirasai oleh rakyat negara ini. - HARAKAHDAILY 7/5/2014.

Hilangnya Ikon Kanak-kanak 80-an
 
Abdul Jamal, 75, meninggal dunia hari ini, sehari selepas dimasukkan ke Hospital Putrajaya setelah mengadu sesak nafas.
  
Dilahirkan pada 15 Oktober 1939 di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur, personaliti televisyen itu meninggalkan balu Zainab Serat, 67; dan tiga anak iaitu Shahila, 47; Mohd Shahan, 45; dan Muhamad Eskandar, 30.
  
Rancangan Mini Parlimen yang mula disiarkan pada 1983 menjadi tumpuan kerana kepetahan kanak-kanak yang memainkan peranan ahli Parlimen, membahaskan isu semasa di samping membuat keputusan dan meluluskan pelbagai dasar.

Allahyarham yang turut dikenali sebagai Jamal Kerdil kerana bentuk badannya yang kerdil, mula bertugas di RTM pada 1960 dan bersara pada 1995.
  
Beliau turut popular melalui rancangan 'Taman Kanak-kanak' yang mula bersiaran pada 1961, selain menerbitkan rancangan 'Pesta Pop' dan 'Pentas
Aneka'.  

Selain bertugas di RTM, Jamal juga pernah berlakon dalam filem 'Sabaruddin Tukang Kasut' arahan Tan Sri P. Ramlee dan 'Jambatan Maut' arahan M. Yatim.
 
Bakat seninya turut meliputi penulisan skrip, menyanyi, bermain alat muzik dan mengarah.
  
Kesihatan beliau mula merosot apabila beliau menghidap sakit tulang belakang sejak 20 tahun lalu, serta beberapa penyakit lain.
  
Allahyarham pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
  
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semasa menziarahi beliau di rumahnya pada 1 Januari lepas menyifatkan Jamal sebagai legenda dunia penyiaran serta insan yang  berjiwa besar yang berjaya mempengaruhi pemikiran sebahagian besar rakyat menerusi program 'Mini Parlimen' itu.
  
"Ini kerana sebahagian besar daripada program tersebut bukan sahaja ada tarikan pada lawaknya tetapi ia lebih berunsur kepada pendidikan," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR