Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday 24 May 2014

"Celaka" Tak Boleh, Tak Bertamadun, Selepas ini Rayer kena guna perkataan"Haramjadah" lebih bersopan! Itu Undang-undang Saya Yang Bikin, Nanti Boleh Padam.....

Umno celaka: Najib bidas Rayer

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, R S N Rayer kerana mengeluarkan perkataan menghina “Umno celaka”.

Najib dalam laman Facebooknya berkata, kenyataan Rayer itu tidak wajar seolah-olah cuba hendak melaga-lagakan keharmonian rakyat Malaysia.

“Kita mungkin berbeza pandangan politik tetapi mengeluarkan kenyataan kesat adalah tidak patut.

“Tindakan ini mengundang suasana tidak harmoni, lagi pun kita semua rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau bagaimanapun menyeru semua ahli Umno supaya tidak cepat melatah dengan menentukan undang-undang di tangan mereka sendiri.

“Sebarang tindakan sepatutnya berlandaskan undang-undang dan kita perlu menjaga imej Umno.

“Jangan melakukan sesuatu yang tidak bertanggungjawab sebaliknya kita mesti terus mengekalkan nama baik dan reputasi parti kita,” kata Najib yang juga presiden Umno.

Sejak Rayer mengeluarkan perkataan ‘celaka’ dalam DUN Pulau Pinang pada Selasa lalu, beberapa protes tercetus di negeri itu.

Sekumpulan 60 orang yang mengganggu perjalanan Dewan mencatat sejarah apabila menceroboh masuk DUN pada Rabu lalu.

Polis kemudiannya menahan 12 daripada mereka, namun kemudian dibebaskan degan jaminan polis.

Rabu lalu, kira-kira 50 Pemuda Umno Wilayah Persekutuan membawa sepanduk mengadakan protes di depan bangunan ibu pejabat DAP di Jalan Yew di Kuala Lumpur.

Mereka kemudiannya menyerahkan memorandum kepada Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming.

Mereka turut mengugut untuk membakar bangunan dan pemimpin parti itu juga mendakwa kumpulan terbabit merosakkan papan tanda DAP.

Semalam, sekumpulan lelaki yang mendakwa sebagai Pemuda Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu menyerang pejabat DAP di Kuantan.

Kejadian seumpama itu masih terjadi walaupun Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengarahkan ahlinya supaya bertenang.

Selain mengibarkan bendera Pahang, memegang kain rentang dan sepanduk, kumpulan itu turut mengecam DAP.

Antara lain tulisan sepanduk itu turut memberi amaran kepada parti Cina supaya tidak mengapi-apikan dan menghina Melayu.

Ketika protes, kumpulan itu turut membaling telur dan merosakkan papan tanda pejabat DAP.

Saksi kejadian, Kamarul Hatta Mohamed Ali, berkata kejadian jam 3 petang itu diketuai Ketua Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim, dipetik laporan Malaysiakini.

Faiz turut menggambarkan kejadian tersebut sebagai ‘agak ganas’ apabila kira-kira 20 telur dibaling ke arah premis DAP.

“Mereka turut melaungkan ‘Hidup Melayu’. Mereka hendak menyerahkan memorandum tetapi tiada orang di pejabat,” kata Kamarul yang juga pembantu Adun PKR Semambu, Lee Chean Chung.
Kamarul berkata, kumpulan terbabit turut memijak dan membakar poster Rayer, lapor The Malaysian Insider.
Rayer Nikmati Kekebalan, Mengapa Minta Didakwa Kerana Menghasut - Peguam

Sekumpulan peguam sepakat menentang gesaan Datuk Seri Shahidan Kassim agar Peguam Negara mendakwa seorang wakil DAP terhadap kata-kata kontroversi “Umno celaka” di bawah Akta Hasutan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang awal minggu ini.

Mereka berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer menikmati imuniti kerana beliau tidak mempersoalkan hak Raja-Raja Melayu dan orang Melayu atau menggalakkan perasaan permusuhan di kalangan antara kaum yang berbeza.

Para peguam mempersoalkan mengapa Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Jabatan Perdana Menteri, mengheret Tan Sri Abdul Gani Patail ke dalam perdebatan ini kerana kenyataan Rayer disasarkan kepada Umno, sebuah parti politik yang tidak mewakili orang Melayu semata-mata.

Mereka berkata, tiada hasutan kerana Umno bukan entiti khas yang dilindungi di bawah Akta Hasutan kerana ada juga orang Melayu yang merupakan ahli parti politik lain dalam gabungan Barisan Nasional dan pakatan pembangkang.

Malah, mereka mengingatkan Shahidan bahawa keahlian Umno di Sabah juga terdiri daripada Bumiputera pelbagai etnik.

Para peguam mengulas gesaan Shahidan kepada Gani untuk mendakwa Rayer kerana menggunakan perkataan menghina "Umno celaka" semasa persidangan pada Selasa.

Shahidan sebelum ini berkata kenyataan Rayer bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga penghinaan kepada orang Melayu amnya.

Peguam Syahredzan Johan mempersoalkan mengapa Peguam Negara mesti masuk campur berkenaan hal peribadi mengenai kenyataan dibuat terhadap Umno.

Beliau berkata para pemimpin Umno boleh memilih cara aman untuk menyatakan rasa tidak senang terhadap Rayer di dalam Dewan Undangan Negeri yang dikawal Barisan Nasional.

"Mereka boleh menggunakan media tradisional dan sosial untuk mempengaruhi orang ramai," kata beliau sambil menambah ahli Umno juga boleh berhimpun secara aman untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Rayer.

Shahredzan berkata beliau juga bingung dengan gesaan Shahidan kepada Peguam Negara agar menggunakan undang-undang hasutan apabila ketuanya, Datuk Seri Najib Razak, berjanji memansuhkannya.

"Saya hanya boleh membuat kesimpulan bahawa Shahidan tidak sehaluan dengan perdana menteri mengenai perkara ini," katanya.

Peguam bagi Pengarah Eksekutif Liberty, Eric Paulsen berkata, tindakan Shahidan adalah tidak logik kerana Rayer tidak menghina bangsa Melayu amnya dan Umno tidak perlu tersinggung.

"Garis antara Umno dan orang Melayu tidak boleh kabur sebagai parti politik tidak menikmati sokongan menggalakkan daripada masyarakat," katanya.

Paulsen berkata Peguam Negara harus lebih prihatin dengan mereka yang menceroboh Dewan Undangan Negeri dan mendakwa pesalah supaya kejadian yang sama tidak berulang.

Beliau berkata, 33 orang didakwa menyebabkan gangguan awam apabila mereka menceroboh Parlimen tahun lalu untuk membentangkan satu memorandum bagi menggesa pemecatan terhadap para pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya kerana kegagalan mereka mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil pada pilihan raya umum lalu.

"Pihak polis dan Peguam Negara bertindak cepat ketika itu dan saya berharap mereka menunjukkan semangat yang sama apabila berurusan dengan mereka yang menceroboh Dewan Negeri ini," katanya.

Peguam Abd Shukor Ahmad berkata, gesaan Shahidan untuk menggunakan Akta Hasutan terhadap Rayer tidak boleh disokong oleh undang-undang.

"Shahidan dan pemimpin Umno yang lain salah mentafsirkan bahawa kritikan terhadap parti mereka juga merupakan serangan terhadap orang Melayu," katanya.

Shukor berkata pengamal undang-undang dan masyarakat sivil menentang penggunaan Akta Hasutan terhadap pengkritik kerajaan dalam sistem demokrasi seperti Malaysia.

"Apatah lagi apabila menteri kini menggesa Peguam Negara menggunakan undang-undang yang sama hanya kerana mengeluarkan kenyataan yang memperkecil-kecilkan parti," kata beliau.

Rayer membuat kenyataan "Umno celaka" pada Selasa apabila beliau merujuk kepada insiden perhimpunan di Seberang Jaya pada 18 Januari, di mana penunjuk perasaan mengadakan membawa kain rentang tertulis "Kerana mulut pemimpin DAP 13 Mei 1969 berlaku...Ingin lagi ke?"

Perhimpunan itu dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang tidak berpuas hati dengan Ahli Parlimen Machang Bubuk Lee Khai Loon kerana flashmob "Saya suka Kangkung" beberapa hari sebelumnya.

Flashmob itu menyaksikan patung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disuap dengan kangkung, yang bertujuan menyindir pemimpin itu kerana komennya berkenaan penurunan harga sayur itu.

Pada Rabu sekumpulan 30 orang menyerbu DUN Pulau Pinang menuntut untuk berjumpa Rayer.

Mereka menceroboh dan menganggu persidangan tetapi diiring keluar 10 minit kemudian.

The Malaysian Insider

 Tindakan Rayer Memalukan Wakil Rakyat Pembangkang – TPM
Teluk Intan : Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer yang mengeluarkan perkataan ‘celaka UMNO’ dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), Selasa lalu sebagai memalukan wakil rakyat pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Rayer menggambarkan bahawa wakil pembangkang itu tidak mempunyai adab ketika berhujah di DUN.

“Saya dukacita dengan sikap wakil rakyat seperti itu.. tak ada adab, kurang sopan. Tindakan beliau memalukan partinya.

“Walaupun dia benci dengan UMNO tapi beliau kena lebih sopan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin di Dewan Orang Asli Erong di sini, sebentar tadi.Muhyiddin mengulas tindakan Rayer yang melabelkan UMNO sebagai celaka dalam sidang DUN Pulau Pinang, Selasa lalu sehingga ia mengundang kemarahan sekumpulan pemuda Melayu yang merempuh masuk bangunan DUN itu.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR