Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday 9 May 2014

Pengasas MIC,Janaky Athi Nahappan Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR - Pejuang kemerdekaan negara, Puan Sri Janaky Athi Nahappan, 89, meninggal dunia di kediamannya di sini pagi semalam akibat pneumonia.
Anaknya, Datuk Athi Ishwar Nahappan, 64, berkata, ibunya menghidap pneumonia sejak September lalu.
"Ibu meninggal dunia dalam tidur dan disedari oleh adik saya Gouri Preece, 61, yang menjengah ke dalam bilik ibu pada 10.15 pagi semalam," katanya ketika ditemui di kediaman ibunya malam semalam.
Beliau turut memberitahu semalam juga merupakan ulang tahun ke-38 kematian bapanya, Tan Sri Athi Nahappan yang merupakan bekas Timbalan Presiden MIC dan juga bekas menteri.
Janaky, bekas senator dan antara pengasas MIC, meninggalkan seorang anak lelaki dan dua anak perempuan, lapan cucu serta seorang cicit.
Menurut Athi Ishwar, upacara penghormatan terakhir akan diadakan Ahad ini di kediaman keluarga di 60A, Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa di sini sebelum jasad dibawa ke Krematorium Cheras pada 10.30 pagi.
Janaky dilahirkan pada 25 Feb 1925 di Kuala Lumpur dan pada usia 17 tahun sebelum ke India untuk menyertai Tentera Nasional India (INA) dan dinaikkan pangkat menjadi kapten serta Penolong Pegawai Memerintah Rhani daripada Rejimen Jhansi iaitu satu-satunya rejimen wanita dalam INA.
Ketika Perang Dunia Kedua, beliau berjuang menentang British di sempadan Burma-India bagi menuntut kemerdekaan India.
Selepas perang, beliau kembali ke Malaya dan bersama-sama veteran INA mengasaskan parti politik India pertama MIC di bawah kepimpinan John Thivy pada 1946.
Beliau pernah meneraju Wanita MIC kebangsaan selain menjadi pengerusi MIC Batu selain anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC).
Pada 1948, beliau bertemu Athi Nahappan yang ketika itu bekerja sebagai wartawan, dan mereka berkahwin setahun kemudian.
Janaky aktif dalam pelbagai pertubuhan sosial dan merupakan bekas Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Selangor.
Beliau juga terbabit dalam Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan pelbagai pertubuhan kebajikan lain.
Mendiang turut menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa dan pada tahun 2000 menjadi wanita India pertama yang berasal dari luar India menerima anugerah tertinggi negara berkenaan iaitu Padma Shri, sebagai mengiktiraf kerja kebajikannya dan juga sumbangan dalam INA. - Bernama.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR