SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mengadakan mesyuarat tergempar susulan kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan berhubung DNA babi (porcine) yang dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.

Penolong Pengarah (Perhubungan Awam) Divisyen Halal Hub, Jakim, Nadia Zammil Md Nasir ketika dihubungi berkata, mesyuarat tersebut diadakan dalam kadar segera bagi merungkai isu ini.

“Sebarang maklumat lanjut berkenaan isu ini akan diberikan selepas mesyuarat pada petang ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa DNA babi (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.-SINAR.

Dua sampel Cadbury disahkan mengandungi DNA Babi

KUALA LUMPUR 24 Mei - Dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA babi (porcine).

DNA babi itu dikesan Kementerian Kesihatan dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Ketika memaklumkan perkara itu dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, analisis terhadap Cadbury Dairy Milk Chocolate bagaimanapun tidak menemui kandungan DNA tersebut.

Isu pengesanan DNA khinzir dalam produk Cadbury tersebar luas di media sosial sejak semalam yang memaparkan keputusan analisis terhadap dua produk berkenaan.

Dr. Noor Hisham berkata, ketiga-tiga sampel coklat itu telah diambil untuk analisis DNA khinzir bagi tujuan pemantauan. - BERNAMA



ABU: Mereka tidak makan babi namun makan CADBURY. JAKIM? Dok nganga dari dulu...makanan halal dan haram satu polemik yang tak pernah berkesudahan.Masih ingat tentang jenama Colgate dan Ladies Choice......sekejap haram sekejap halal dan akhirnya pihak ....... kata halal.