Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday 24 May 2014

Malaysia Syurga Sex dan Kegiatan Samseng

Lapan wanita warga asing  tawar khidmat seks

NIBONG TEBAL - Lapan wanita rakyat asing yang bekerja sebagai tukang urut ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat urut di Jalan Seri Aman, Sungai Bakap di sini awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata, kesemua mereka berusia antara 20 dan 35 tahun itu ditahan ketika asyik melayan pelanggan dalam bilik-bilik kecil yang terdapat di premis berkenaan.

"Berdasarkan siasatan awal, tujuh warga Thailand dan seorang warga Laos itu bekerja sebagai tukang urut di premis yang turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan itu.

"Turut ditahan dalam operasi pada pukul dua pagi itu ialah empat lelaki tempatan yang merupakan pelanggan premis itu," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, semua wanita yang ditahan itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada permit dan dokumen pengenalan diri yang sah. - Bernama

Lelaki maut, rakan cedera ditembak dalam pergaduhan di Kuang

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas ditembak dalam satu pergaduhan di sebuah kuil di Jalan Lobak, Kuang, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, dalam kejadian kira-kira lapan malam itu, satu pergaduhan tercetus antara M. Vijendran, 25, dan rakannya B. Suresh Kumar, 24, dengan seorang lelaki berusia 40an yang sedang bersembahyang di kuil berkenaan.

"Berlaku ketegangan semasa pergaduhan itu sehingga menyebabkan suspek melepaskan tembakan ke arah kedua-dua mangsa", kata Junaidi ketika dihubungi di sini.

Junaidi berkata, Vijendran yang terkena tembakan di kepala dan pinggang mati ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh manakala Suresh, cedera di rusuk kiri.

"Ketika kejadian, satu upacara keagamaan sedang berlangsung di kuil itu dengan kehadiran kira-kira 30 penganut Hindu, kebanyakannya wanita," katanya.

Tambahnya, polis turut menemukan dua kelongsong peluru di tempat kejadian.

Polis kini sedang menjejaki suspek yang melarikan diri dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda, model Mitsubishi Pajero merah. - Bernama.

Tiga warga asing disyaki anggota kumpulan LTTE ditahan - KPN

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga warga asing disyaki anggota kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) dalam beberapa serbuan di Petaling Jaya dan Klang, Selangor pada 15 Mei lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mereka ditangkap dalam satu operasi khas oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas.

Beliau berkata, suspek menyusup masuk ke Malaysia sejak 2004 dan menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebarkan propaganda selain berusaha mengaktifkan kembali aktiviti kumpulan LTTE khususnya di peringkat antarabangsa.

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas bahan propaganda kumpulan LTTE, peralatan media dan matawang asing 24 negara bernilai RM20,176.53," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid berkata, kesemua suspek dikesan menggunakan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) untuk menetap di negara ini serta mengelak daripada diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Tambah Khalid, seorang daripada mereka memiliki permit pekerjaan atas sebuah syarikat yang tidak wujud.

Mereka kini ditahan mengikut Akta Imigresen untuk tindakan susulan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR