Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday, 28 May 2014

Kemangkatan Al marhum Sultan Perak Satu Kehilangan Besar Kepada Rakyat, Stesen Radio Tidak Peka Terhadap Kesedihan Rakyat Perak

Perdana Menteri Dato Sri Najib bergegas pulang untuk memberi penghormatan akhir 
kepada DYMM Paduka Sultan Azlan.

Kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah merupakan satu kehilangan amat besar buat rakyat negara ini, khususnya rakyat negeri Perak, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mewakili kerajaan serta seluruh rakyat turut melahirkan rasa sedih dan dukacita.

"Kita semua mengenali baginda sebagai seorang raja yang amat penyayang dan berhemah tinggi serta sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan rakyat jelata."Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat turut merakamkan ucapan takziah kepada Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun serta kerabat-kerabat diraja Perak," katanya dalam sidang media di Bangi semalam.

Beliau berkata semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Baginda dan semoga rohnya ditempatkan bersama kalangan orang-orang beriman.

Sultan Azlan Shah mangkat pada pukul 1.30 tengah hari semalam dan akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar, Perak selepas solat Asar petang ini.

Baginda yang memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Februari 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.- BERNAMA.

PM Bergegas Pulang Beri Penghormatan Akhir
KUALA KANGSAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Khamis memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah, yang mangkat pada Rabu.

Najib yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China, tiba di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini pada 9 pagi dan akan kembali ke Beijing untuk menyambung lawatan enam hari yang bermula Selasa sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Beliau diiringi Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan turut bertemu kerabat diraja Perak untuk merafak sembah ucapan takziah atas kemangkatan baginda.

Istiadat penghormatan terakhir dimulakan dengan kumpulan orang awam dari pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi sebelum disusuli orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing dari 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari.

Ini diiikuti Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan dari 1.30 tengah hari hingga 2.15 petang. 

Antara yang terawal tiba adalah pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Kencana, Tan Sri Shahril Shamsuddin dan exco kerajaan negeri Perak.

Kibaran bendera separuh tiang

SHAH ALAM: Bendera negeri Selangor akan dikibarkan separuh tiang bermula hari ini sebagai tanda berkabung atas kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah Rabu.

Dalam satu kenyataan ringkas di sini, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata pengibaran bendera separuh tiang itu akan berlangsung sehingga hari pemakaman hari ini.
Selain itu kerajaan negeri Pahang juga turut berbuat demikian.

Kempen PRK Teluk Intan Dihentikan Sementara

TELUK INTAN: Kempen kedua-dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Rabu dibatalkan bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, semua program calon parti itu, Datuk Mah Siew Keong pada Rabu dibatalkan.

“Semua program kempen Gerakan akan batalkan sehingga petang Khamis,” katanya.

Sementara bagi calon DAP pula, Ketua Publisitinya, Tony Pua juga semua ceramah dan sidang media calon parti itu, Dyana Sofya Mohd Daud pada Rabu dibatalkan.

“Tiada sebarang kempen atau acara umum sehingga dimaklumkan kelak,” katanya.

Terdahulu, sidang media Dyana di pejabat operasi parti di sini yang sepatutnya dijadualkan pada pukul 12 tengah hari Rabu dan kemudiannya ditangguhkan pada pukul 6 petang juga dibatalkan.

Sultan Azlan Syah Dalam Kenangan

IPOH: Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah, dikenali sebagai seorang yang bijak dan arif selain merupakan satu-satunya raja yang pernah menyandang jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman negara.

Walaupun pernah memegang jawatan Ketua Hakim Negara dari 1982 hingga 1984, baginda adalah seorang raja yang penuh sifat belas kasihan, rendah hati dan mudah memaafkan kesalahan orang.

Sultan Azlan Shah mangkat pada 1.30 tengah hari Rabu. Almarhum berusia 86 tahun.

Jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar pada Khamis.

Almarhum meninggalkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun, seorang putera iaitu Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan tiga puteri Raja Datuk Seri Azureen, Raja Datuk Seri Aleena dan Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Anakanda ketiga baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah mangkat pada 30 Mac 2012.

Diputerakan pada 19 April 1928 di Kampung Manggis, Batu Gajah, Perak, Sultan Azlan Shah juga dikenali sebagai seorang yang mementingkan soal disiplin, kebersihan dan ketepatan masa.

Baginda berpendidikan awal di Sekolah Kerajaan Inggeris Batu Gajah, yang kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Yussuf dan menyambung pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Seterusnya baginda melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom sebelum dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada 1953.

Sekembalinya ke tanah air, baginda memulakan perkhidmatan sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 1954.

Baginda menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu setahun kemudian dan dilantik sebagai Majistret Kelas Pertama pada 1956.

Berpengalaman luas dalam bidang kehakiman dan undang-undang, baginda pernah bertugas sebagai Presiden Mahkamah Sesyen, Penasihat Undang-undang negeri, Timbalan Pendakwaraya, Pendaftar Mahkamah Tinggi dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Pada 1965, baginda menjadi hakim termuda di negara Komanwel apabila dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada usia 37 dan pada 1979 dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.

Sultan Azlan Shah berada di kemuncak bidang kehakiman apabila dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 1982.

Baginda kemudian meletakkan jawatan pada 1984 setelah berkhidmat selama 30 tahun bagi menaiki takhta negeri Perak.

Sultan Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-34 selepas kemangkatan ayahanda saudaranya, Sultan Idris Shah pada 3 Februari 1984.

Enam hari selepas itu, baginda dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun, dan pada 26 April 1989, baginda ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-Sembilan.

Baginda merupakan seorang ahli sukan yang aktif dan telah mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan bola sepak, kriket, olahraga, hoki dan golf serta pernah mengetuai kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Montreal di Kanada pada 1976.

Sultan Azlan Shah juga pernah dilantik sebagai Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa dan juga Presiden Persekutuan Hoki Asia.

Dalam bidang pendidikan pula, baginda merupakan Canselor Univeriti Malaya sejak 1986 dan telah menerima pelbagai anugerah kehormat daripada universiti dalam dan luar negara.

Antaranya ialah 'Honorary Bencher' dari Lincoln's Inn, doktor kehormat undang-undang dari University Nottingham serta 'Honorary Fellowship of the Royal College of Surgeons of Edinburgh'. 
  
Stesen Radio Tidak Sensitif Terhadap Kesedihan Rakyat Perak

Walaupun bukan dari kalangan arus perdana, stesen radio sepatutnya peka dan sensitif terhadap berita sedih yang menyelubungi rakyat Perak. 

Kemangkatan sultan Perak seolah-olah tidak dirasai oleh stesen-stesen radio berikut yang masih terus memutarkan hiburan seperti hari-hari biasa.

http://www.liveonlineradio.net/malaysia/klasik-nasional-fm.htm , 

http://www.sinar.fm/@sinar/@Radio/Frekuensi.aspx# 

Sekalong pujian harus diberikan terhadap stesen-setesen radio arus perdana dan beberapa rangkaian radio serta TV swasta lain , antaranya http://www.hotfm.com.my/yang bersimpati dengan kesedihan rakyat Perak atas kehilangan Sultan yang dikasihi dan menyiarkan bacaan ayat-ayat suci al Quran sekurang-kurang sehingga selesai istiadat pemakaman.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR