Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday 31 May 2014

Kemenangan BN di Teluk Intan petanda sokongan rakyat semakin kukuh - Muhyiddin, Najib turut bersyukur



Calon BN dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong (tengah) mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dalam PRK Teluk Intan yang sengit hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Mei, 2014.

Kejayaan Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan merupakan satu petanda penting bahawa keyakinan dan sokongan rakyat terhadap BN semakin kukuh.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau juga percaya pengundi Teluk Intan membuat keputusan yang matang dengan menilai prestasi baik dan pengalaman calon BN Datuk Mah Siew Keong yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar dan Ahli Parlimen Teluk Intan sebelum ini.

"Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana pengundi di Teluk Intan memilih calon BN, Mah untuk menjadi wakil rakyat mereka kembali.

“Kita bersyukur kerana kemenangan ini juga membuktikan BN terus mendapat sokongan masyarakat pelbagai kaum di negara kita," katanya dalam kenyataan di Teluk Intan, hari ini.

Beliau turut berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada pengundi Teluk Intan kerana membuat pilihan yang bijak dan tepat serta menolak politik jahat, tipu helah dan kebencian.

Mah, 53, yang juga Presiden Gerakan memperoleh sebanyak 20,157 undi mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang mendapat 19,919 undi dengan undi majoriti sebanyak 238 pada pilihan raya kecil hari ini.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad di pusat penjumlahan undi di SMK Abdul Rahman Talib, di Teluk Intan pada kira-kira pukul 9.41 malam ini.

Muhyiddin yang mengucapkan tahniah kepada Mah dan seluruh jentera BN berkata walaupun majoriti kecil dan memerlukan lebih banyak kerja dan usaha berterusan, beliau percaya ia adalah detik kebangkitan parti Gerakan.

"Saya juga percaya Mah akan bekerja kuat dan mengambil berat terhadap kebajikan penduduk Teluk Intan. Selain daripada berpengalaman, berdedikasi dan komited, beliau juga merupakan seorang penduduk Teluk Intan yang menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat tempatan," katanya.

Beliau berkata BN akan menunaikan semua janji yang dibuat dan Mah akan membawa arus pembangunan, kemajuan dan kemakmuran kepada Perak dan Teluk Intan. – Bernama, 31 Mei, 2014.
 
1. Universiti di Perak.
2. Lebuhraya Teluk Intan - Taiping.

PM Najib Ucap Tahniah

 
 Walaupun majoriti tipis tetap dikira menang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) malam ini melahirkan rasa syukur atas kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, hari ini.

Najib, selaku Pengerusi BN, berkata berita tersebut merupakan sesuatu yang manis pada malam terakhir program lawatan enam hari beliau ke China.

"Saya amat bersyukur sekali kepada Allah s.w.t... saya rasa gembira yang amat sangat apabila mendapat tahu BN menang.

“Walaupun majoritinya nipis tetapi dalam sistem demokrasi, satu undi pun dikira menang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatannya ke China sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara itu.

Berita kemenangan BN itu diterima Najib semasa menghadiri majlis Makan Malam Persahabatan Malaysia-China di Beijing.

Sebaik sahaja menerima khabar itu, beliau terus menelefon Mah untuk mengucapkan tahniah.

Dalam pertandingan satu lawan satu, Mah, yang juga Presiden Gerakan, mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.

Najib berkata kemenangan itu juga bermakna kerana BN tewas dengan majoriti lebih 7,000 pada pilihan raya umum 2013.

"Ini bererti faktor peralihan sokongan yang besar sekali pada BN. Kita akan kaji punca-punca positif yang menyebabkan faktor peralihan sokongan kepada BN... terlalu awal untuk buat kesimpulan," katanya.

Ditanya sama ada Mah akan diberi jawatan dalam Kabinet seperti yang diumumkan beliau dua hari lepas, Najib berkata ia akan ditunaikan kerana BN memegang pada slogan “Janji Ditepati”.

Apabila seorang wartawan menyatakan akan ada tambahan dua presiden parti komponen lagi dalam Kabinet nanti sambil merujuk kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Najib secara berseloroh berkata: "Mereka tidak boleh melupakan presiden MCA."

"Tidak boleh lupa Presiden MCA... beliau turut menyumbang atas kemenangan ini. Sekiranya BN bersatu padu dan melakukan kerja-kerja secara bersatu di peringkat akar umbi, anda boleh melihat kesan dan hasil yang lebih kukuh bagi calon BN," katanya. – Bernama, 31 Mei, 2014.

1. Universiti di Perak.
2. Lebuhraya Teluk Intan - Taiping.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR