Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday, 31 May 2014

Tuan Guru Presiden PAS dilaporkan Semakin Pulih



Doakan Presiden PAS sejahtera - TG Nik Aziz

بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
اللّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذهِبِ البَأسَهُ... اشفِ! أَنتَ الشَّافِيء لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاوءُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
امِينَ يَا رَبَّ العَالَمِينَ


KUALA LUMPUR: “Saya mengajak semua ahli PAS bahkan seluruh umat Islam di negara ini agar sama-sama dapat mendoakan agar Tuan Guru Presiden dikurniakan kesejahteraan oleh Allah SWT,” ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi facebook.

Beliau dimaklumkan pagi tadi situasi kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di sebuah hospital di Istanbul, Turki semakin stabil dan memerlukan masa untuk berehat sebelum pulih sepenuhnya.

Justeru, beliau berharap Tuan Guru Abdul Hadi dapat kembali semula ke tanah air dan meneruskan tugas memimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) demi kesinambungan perjuangan yang suci ini.

Ketika ini Presiden PAS menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi , Istanbul akibat masalah kesihatan.Beliau dilaporkan semakin pulih selepas menerima rawatan doktor pakar.

Setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan perkembangan positif apabila beliau sudah boleh duduk dan bercakap. 

Walaubagaimanapun, pemimpin tertinggi pembangkang itu masih perlu berehat supaya cepat sembuh. 

"Dalam masa sama, doktor pakar juga menasihatkan supaya beliau tidak menerima pelawat dalam tempoh dua hari untuk mengelakkan sebarang jangkitan baharu. 

"Pihak kami memohon berbanyak maaf sekiranya permintaan ini menyusahkan rakan taulan, sahabat seperjuangan yang berhajat atau yang sudah berada di Istanbul untuk menziarahi beliau," katanya menerusi facebook Abdul Hadi lewat malam Sabtu. 

Abdul Hadi yang mengalami sesak nafas dipercayai kerana komplikasi jantung pada Jumaat kini dilaporkan sedang dirawat di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul. 

Abdul Hadi bersama Dr Shamsuri dan seorang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi berada di Istanbul kerana menghadiri Kongres Umat Islam Antarabangsa anjuran Pusat Penyelidikan Ekonomi (ESAM) yang berpusat di Istanbul.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di Beijing untuk lawatan kerja enam hari mengarahkan kedutaan Malaysia membantu bagi memastikan Abdul Hadi mendapat rawatan di negara itu.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR