Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday, 22 May 2014

Fu Wa, Feng Yi dan Dyana



Foto
PESAWAT khas membawa pasangan panda gergasi selamat tiba di Kompleks MASKargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada jam 7.53 pagi 21 May lalu. - Foto NSTP

SEPANG: Pasangan panda, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) yang dipinjamkan oleh Kerajaan China kepada Malaysia selama 10 tahun, selamat tiba di Kompleks MASKargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada jam 7.53 pagi semalam.

Ketibaan dua ekor panda yang dibawa menaiki penerbangan khas, MH6462 MASKargo, dari pangkalan panda gergasi di Dujiangyan, Chengdu, China itu disambut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel dan Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.

Palanivel dalam ucapannya sempena ketibaan itu, berkata pasangan panda berkenaan akan terus dibawa ke Zoo Negara untuk dikuarantinkan selama 30 hari di ekshibitnya yang sudah siap dibina.

Ia dijangka dapat ditonton oleh pengunjung Zoo Negara, akhir Jun ini.

Ketibaan pasangan panda itu sangat bermakna buat Malaysia memandangkan kedua-dua negara bakal merayakan Ulang tahun Ke-40 hubungan Diplomatik Malaysia-China.

Feng Yi bermaksud Phoenix/unik luar biasa dan Fu Wa (bertuah) yang dilahirkan pada 23 Ogos 2003 itu, antara lapan panda yang mendapat perhatian ramai dan turut menyerikan Olimpik Beijing 2008.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA), menandatangani memorandum persefahaman (MoU) meminjam dua beruang panda daripada republik itu selama 10 tahun.
Ia dilakukan menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.

Melalui program perjanjian yang ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia akan berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Penghantaran pasangan panda itu pada mulanya dijadual pada 16 April lepas, tetapi ditangguh, berikutan kerajaan China mahu menumpukan usahanya untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

RM70J Untuk 2 Ekor Panda

Untuk mereka ini?


 Dyana Sofya Dihalau

TELUK INTAN, 21 MEI: Kempen calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud di tapak pasar malam Perumahan Awam Kampung Padang Tembak, petang tadi, kecoh apabila dua pemuda dipercayai upahan BN membuat kacau dengan menghalau dan menghamburkan kata-kata kesat pada beliau dan pimpinan DAP.

Dua pemuda itu yang menaiki motor Yamaha RXZ dengan no plat BJF 30 dan Yamaha BHD 5514 datang dan menghalang laluan pasar malam.

Kedua-dua mereka meninggikan enjin motorsikal tanpa henti.

Salah seorang dari mereka memakai topi berwarna biru dengan logo dan tulisan ‘Barisan Nasional’ menjerit, “Ini kawasan Melayu, tempat Melayu, blah-blah. Balik!

Seorang penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang cuba memenangkan dua samseng tersebut nyaris dipukul.

Keadaan reda seketika selepas sekitar 2 minit, namun mereka berdua dan beberapa orang pemuda berbaju Barisan Nasional datang semula di penghujung pasar.

Mereka sekali lagi memaki hamun dan menjerit, “Orang kata balik, baliklah. Bila nak habis? Ini tempat aku, tempat Melayu!”

Keadaan kecoh dan provokasi melampau samseng BN itu menyebabkan beberapa anggota polis bermotor datang ke tapak pasar malam.

Polis menenangkan samseng tersebut, namun tiada sebarang tangkapan dibuat lapor Roketkini.com.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR