Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday, 6 May 2014

Angkara Seks, Kejamnya Ibuku!


Ibu muda kelar bayi 30 minit lepas lahir


Bavaria: Seorang ibu muda membunuh bayinya dengan mengelar kerongkongnya selepas 30 minit melahirkan mangsa.

Wanita berkenaan berbuat demikian kerana bimbang kelahiran bayi itu akan menjejaskan kehidupan seksnya.

Nadine Koenig, 20, dari Regensburg, mencekup hidung mangsa yang baru dilahirkannya sebelum mengelar kerongkongnya dengan pisau.

Remaja itu meneruskan aktiviti hariannya dengan pergi bersosial di disko selepas melakukan pembunuhan itu, kata pendakwa raya kepada hakim.

Pendakwa raya, Ulrike Klein berkata remaja itu tidak sanggup memikul tanggungjawab sebagai ibu.

“Dia tidak mahu memikirkan kegiatan seksual dan kehidupan sosialnya terancam dengan kelahiran bayi itu,” katanya.

Mahkamah di Regensberg diberitahu, Nadine yang merahsiakan kehamilan itu daripada ibu bapanya, melahirkan bayi berkenaan di rumah mereka Februari tahun lalu.

Remaja itu kemudian membuang mayat anaknya berdekatan Danube.

Selepas Nadine, ditahan polis, ibunya Krestin, 44 membunuh diri.

Dia berdepan dengan tuduhan membunuh.- Harian Metro - 6 Mei 2014

Wanita campak bayi dalam tali air kini diburu 


Gambaran Image Suspek

Kota Bharu : Polis sedang mengesan seorang wanita yang dipercayai mencampak bayi lelaki yang baharu dilahirkan ke dalam tali air di Jalan Dusun Muda di sini, kelmarin.

Mayat bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan berbalut tuala dan dimasukkan ke dalam beg kain berwarna jingga, ditemui orang awam kira-kira jam 6 petang kelmarin.


Difahamkan, bayi berkenaan dilahirkan sekitar jam 12 tengah hari dan ibunya dipercayai sempat menyusukan anaknya berdasarkan laporan bedah siasat sebelum dicampak ke tali air berkenaan.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata bayi berkenaan dipercayai mati selepas ditinggalkan di lokasi terbabit akibat lemas.

Katanya, berdasarkan maklumat orang awam, seorang wanita berjubah hitam dan bertudung merah, berada di kawasan berkenaan sambil memeluk sesuatu dipercayai bayi malang itu, sekitar jam 5 petang.

Bayi itu dilahirkan dalam cukup sifat dan mengalami sedikit pendarahan di belakang kepala, dipercayai akibat dicampak ke kawasan tali air itu, katanya di sini, semalam, Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) untuk bedah siasat. Sumber: BH - 5 Mei 2014.

Bayi di jumpai di dalam beg di buang kejam 

Bayi di dalam beg telah di jumpai di Jalan Bayam belakang Petronas Dusun Muda Kota Bharu, Bayi yang tanpa identiti tersebut di jumpai di dalam semak kawasan tersebut, status dan keadaan sebenar bayi tersebut tidak dapat di pastikan.

Gambar bayi yang di jumpai di dalam beg tersebut kini tersebar di laman sosial, menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap si pelaku yang begitu kejam membuang bayi terbabit, info baru di terima bayi ini telah meninggal dunia ketika di jumpai.

Semoga si pelaku dapat di tangkap secepat mungkin dan di hukum setimpal dengan perbuatan nya yang begitu kejam melakukan perkara terbabit,  kes ini kini di siasat oleh pihak berwajib.- Sumber  4 Mei 2014

Ibu kejam : Campak bayi sendiri dalam tali air




 

Seorang ibu muda yang juga merupakan pelajar tingkatan lima yang berumur 17 tahun ditahan pihak polis kerana dipercayai membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat awal hari ini.

Polis turut menahan tiga lagi individu termasuk teman lelaki pelajar berkenaan selepas mayat bayi itu ditemui mati kira-kira jam 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu. Siasatan masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu masih hidup semasa dibuang atau dibunuh sebelum dicampak ke dalam tali air itu.

Katanya, polis menerima laporan seorang pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang curiga dengan pendarahan seorang pelajar perempuan yang sudah dirujuk ke hospital itu kira-kira jam 9.20 malam tadi. Polis dan bomba menjalankan gerakan mencari dan menyelamat bayi berkenaan selepas mendapat maklumat bayi itu dibuang ke dalam tali air.

Apabila bayi yang tiada dosa dibunuh dengan kejam oleh ibu sendiri menjadi perkara biasa pada zaman sekarang. Mulalah masing-masing menuding jari untuk meletakkan kesalahan moral remaja sekarang pada orang lain dan tidak mahu memikirkan bagaimana untuk mengurangkan gejala sosial terutamanya dikalangan yang beragama Islam.

Jika anda merupakan remaja yang terjebak dengan masalah mengandung anak luar nikah, anda boleh hubungi pelbagai NGO , JKM ataupun pihak hospital untuk membantu anda. Segala masalah ada jalan penyelesaiannya.

OrphanCare Babyhatch

Khidmat kaunseling : di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Negeri yang berhampiran dengan anda.
JKM cawangan lain : SINI

Coli Dan Seluar Dalam Iklan Sex

Puchong: Persaingan sengit perniagaan rumah urut sekitar daerah ini menyebabkan sindiket pelacuran sengaja mengiklankan coli dan seluar dalam pelbagai bentuk serta warna sebagai ‘pelaris’ menarik pelanggan.

Iklan pelik itu tersebar di laman Internet dan pelanggan berminat boleh melakukan suai padan pakaian dalam diminati dengan wanita tukang urut yang diiklan. Promosi jelik itu terbongkar apabila seorang peminat urutan refleksologi mendedahkannya kepada wartawan Harian Metro.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Faisal, 35, berkata, iklan seluar dalam dan coli itu mula disebarkan pemilik pusat urutan yang berselindung di sebalik rawatan refleksologi kaki.

Menurutnya, banyak pusat urutan Thai, tradisional dan refleksologi dibuka menyebabkan pemilik premis mengiklankan gambar coli serta seluar dalam bagi menambat pelanggan terutama lelaki.(myMetro).
 
ABU: Antara sebab mengapa Hudud ditentang keras oleh sebahagian rakyat Malaysia termasuk juga dari kalangan ahli PAS sendiri! Hampir kesemua bandar besar dan kecil di negara kita ada pusat urut refleksologi...aktivitinya tak payah cerita...tanyalah sendiri kepada pengunjungnya....

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR