Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday, 29 May 2014

Paduka Sri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Dimasyhorkan Sebagai Sultan Perak Yang ke-35, Allahhuakbar...

 
Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Dr. Raja Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah,58, telah dimasyhorkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak yang ke 35 sebentar tadi.

Upacara permasyhoran tersebut telah dilangsungkan di atas singgahsana yang diletakkan berhadapan dengan jenazah al Marhum Sultan Azlan Shah yang mangkat kira-kira jam 1.30 semalam.

Satu persidangan khas Dewan Negara Perak yang disertai oleh Raja-Raja dan Orang Besar-Besar Negeri Perak Darul Ridzuan telah mengadakan pertemuan dan persidangan untuk memilih sultan Perak yang baharu dan diadakan di Istana Iskandariah Kuala Kangsar.

Ahli Dewan Negara terdiri daripada Sultan, Raja Muda, Raja di Hilir, Raja Kechil Besar, Orang Besar Empat (4), Orang Besar Lapan (8), Menteri Besar dan mufti.

Dewan Negara Perak turut mempunyai 11 lagi orang lama dan bukan Islam menganggotai Dewan.

Orang Kaya-kaya Bendahara Sri Maharaja (antara paling kanan dalam Orang Besar Empat) telah mempengerusikan sidang itu.

Mengikut Artikel 6 Perlembagaan Negeri, pilihan pertama yang akan dilantik menjadi Sultan adalah antara Raja Muda dan Raja di Hilir.

Katanya, Dewan Negara juga boleh memilih mana-mana daripada empat Raja Bergelar.

Keempat-empat Raja bergelar tersebut ialah Raja Kechil Besar, Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Tengah dan Raja Kechil Bongsu. Kedua-dua kedudukan tersebut adalah kosong.

Dalam persidangan tersebut, Ahli Dewan Negara Perak telah memilih Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Al Marhum Sultan Azlan Shah sebagai DYMM Paduka Sultan Perak yang baharu.

Sebelum ini, Raja Dr. Nazrin Shah adalah Raja Muda dan Raja Di Hilir pula adalah Raja Jaafar Raja Musa.

Selepas Orang Kaya-kaya Bendahara Sri Maharaja Bendahara Tan Sri Jen B Mohd Zahidi Zain, mengumumkan pelantikan Sultan Perak yang baharu, baginda sultan (Raja Nazrin) menerima pelantikan tersebut dengan melafazkan "sumpah", menandatangani watikah seterusnya meletakkan tangan di atas keranda Almarhum Sultan Azlan Shah menandakan peralihan kuasa pemerintahan baharu negeri Perak.

Laungan "Daulat Tuanku" sebanyak 3 kali bergema di ruangan Balairung Seri.

Doa selamat dibacakan oleh Sohibussamahan Dato Mufti.

Tugas seterusnya bagi Dewan Negara adalah menguruskan upacara pengebumian.

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU,DAULAT TUANKU! 

Tembakan meriam memecah sunyi menandakan jenazah Paduka Sri Sultan Perak al Marhum Sultan Azlan Shah diarak dengan pedati Seraja Diraja dan seterusnya akan disembahyang dan disemadikan. 

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR