بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Banyak
perkara yang boleh menjerumuskan seseorang ke dalam sifat kemunafikan.
Antaranya, berikut disenaraikan 50 ciri dan tanda orang munafiq
tersebut:
1. Lupa Kepada Allah SWT
Orang-oang
munafiq sering mengingati sesuatu kecuali Allah SWT. Dalam fikiran dan
batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingat (zikir) Allah SWT,
kecuali sebagai suatu helah penipuan sahaja.
2. Mempercepat Solat Agar Segera Selesai
Mereka
(orang2 munafik) adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa
khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan
hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak
menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan, kehebatan, dan kebesaran
Allah SWT dalam solatnya.
Hadis Nabi SAW: “Itulah solat orang munafik…lalu mempercepat empat rakaat (solatnya).”
3. Malas Beribadah Kepada Allah SWT
Firman Allah SWT: “…Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas…” (An-Nisa’: 142)
Jika
orang munafik pergi ke masjid/surau, dia menyeret kakinya seakan-akan
terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid/surau
dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa
yang dibaca imam dalam solat, apa lagi untuk menyemak dan menghayatinya.
4. Melalaikan Solat Fardu
Firman Allah SWT: “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” (SurahAl-Ma’un : ayat 4-5)
5 Meninggalkan Solat Jumaat
Rasulullah SAW ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:
“Hendaklah
orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka
itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah
itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
6. Meninggalkan Solat Berjemaah
Apabila
seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu terluang dan tidak memiliki
uzur syari’i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar
panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.
7. Menghina Nabi dan Sahabat Rasullullah SAW
Termasuk
dalam kategori Istihzaa’ (berolok-olok) adalah mempersendakan hal2 yang
disunnah Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka
memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, Jatuh Kafir.
Firman Allah SWT:
“…Katakanlah: ‘Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-Nya, dan Rasul-Nya
kamu selalu berolok-olok?’ Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir
sesudah beriman…” (At-Taubah: 65-66)
8. Mengubah Dan Menyalahguna Ayat-Ayat Allah
Menggunakan dalil dan ayat Al-Quran untuk kepentingan diri semata-mata. Menjadi perosak agama di atas nama agama.
9. Mempersenda Kesucian Agama
Perbuatan
mempersenda kesucian Allah dan agama Islam adalah suatu yang amat
dibenci dan dilarang dalam Islam kerana ianya seolah-olah menentang
sesuatu yang diturunkan Allah.
10. Bersumpah Dengan Selain Nama Allah SWT
Dan dalam hadis Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma; “Sesiapa bersumpah dengan nama selain Allah, maka dia telah berbuat syirik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Dalam hadits lain, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Sesiapa bersumpah demi amanat, maka dia tidak termasuk golonganku.” (Hadis riwayat Abu Daud)
11. Sombong Diantara Sesama Manusia
Orang2
munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak cakap
dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan
selalu mengawalinya dengan bila ungkapan menakjubkan yang meyakinkan
agar nampak seperti orang mulia, hebat, berwawasan luas, mengerti,
berakal, dan berpendidikan. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki
kemampuan apa pun. Sama sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi terserlah
kemunafikannnya.
12. Riak
Berbuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu kerana selain daripada Allah SWT dikategorikan sebagai riak. Apabila
bersama orang lain dalam suatu majlis, dia nampak zuhud dan berakhlak
baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia
akan melanggar hal-hal yang diharamkan Allah SWT.
13. Melampaui Batas Yang Telah Digariskan Oleh Allah
Perbuatan
yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan
pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.
14. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
Sabda Rasulullah SAW: “Dan apabila bertengkar (berbantah), dia melampau.”
15. Fitnah
Menyampaikan
keburukan orang lain di kalangan orang ramai supaya mereka membenci
atau memusuhinya. Membuat laporan tanpa fakta dan usul periksa serta
mengada-adakan cerita. Ia juga tergolong dalam sifat-sifat munafik dan
dosa-dosa besar.
16. Mencaci Maki
Tidak
berhikmah di dalam berkata-kata dan dalam menyampaikan dakwah.
Menggunakan kata-kata kesat terhadap orang lain terutama yang tidak
bersependapat dengannya.
Firman Allah SWT: “…mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan…” (Al-Ahzab: 19)
17. Mengumpat
Berkata
dan menyampaikan sesuatu keburukan orang lain yang tidak benar adalah
berdosa kerana ia berupa fitnah. Akan tetapi berkata tentang keburukan
orang lain yang benar tetap juga mendapat dosa iaitu dosa mengumpat.
18. Hasad Dengki
Tidak
senang dengan kejayaan orang lain. Tidak senang juga jika sesuatu
kejayaan itu terhasil di tangan orang lain dan bukan oleh tangannya
sendiri.
19. Dusta
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid:“Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Iaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa.”
Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: “Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta.”
20. Mungkir Janji
Sabda Rasulullah SAW: “Tanda
orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia
ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (HR. Bukhari dan Muslim)
21. Bakhil
Orang2
munafik sangat bakhil dalam masalah2 kebajikan. Mereka menggenggam
tangan mereka dan tidak mahu bersedekah atau menginfakkan sebahagian
harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan
berkecukupan.
22. Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang Dan Menyakiti Hatinya.
Mengungkit
kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan dikenang jasa dan
sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain. Perbuatan ini dicela
didalam Islam bahkan menghilangkan pahala ikhlas.
23. Enggan Berjihad Di Jalan Allah SWT
“Kalau
kamu melakukan perdagangan dengan riba, hanya menjadi
penternak-penternak dan gembira hanya dengan bertani saja dan
meninggalkan jihad (perjuangan) maka Allah akan menimpakan kehinaan
atasmu. Kamu tidak dapat melucutkan kehinaan itu sehingga kamu kembali
kepada Ad dienmu.” (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)
24. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
Orang-orang
yang memiliki ilmu dan apabila ditanya orang lain sedang dia mengetahui
persoalan yang ditanyakan itu tetapi tidak menjelaskannya. Ini
merupakan perbuatan yang menghalang kemajuan ummat Islam dan dapat
menutup kebenaran.
25. Mengkhianati Sesuatu Amanah
Diberi amanah tetapi menyalahgunakan kuasa dan mengkhianati amanah.
Sabda Rasulullah SAW: “Dan apabila berjanji, dia berkhianat.” Sesiapa
memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya,
sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati
janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar’i maka telah hinggap pada
dirinya salah satu tanda kemunafikan.
26. Ghasab
Ghasab
ialah mengambil atau menguasai harta (tanah) orang lain dengan jalan
aniaya, iaitu jalan yang tidak diredhai Islam. Perbuatan ini walaupun
dengan mengambil cuma sedikit, adalah termasuk perbuatan dosa besar dan
munafik.
27. Memakan Harta Anak Yatim
Orang
yang mengambil dan menggunakan harta anak yatim serta orang yang tidak
amanah di dalam mentadbir harta anak yatim. Berselindung di atas nama
pemegang amanah akan tetapi menggunakan harta anak yatim untuk
kepentingan diri sendiri ataupun orang lain hukumnya berdosa besar.
28. Menipu Dalam Jual Beli
Perbuatan
menipu ini adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu barang
tanpa kadar yang mencukupi atau menjual barangan yang rosak dimana,
menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati pembeli pada akhirnya.
29. Menangguh Pembayaran Hutang
Hutang
adalah wajib dibayar. Sabda Rasulullah SAW: “Demi yang jiwaku ada
ditangan-Nya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah,
kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih
ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu
dilunaskan.” (HR. Ahmad)
30. Membuka Rahsia Orang Lain
Suka
mencari-cari keaiban dan rahsia orang lain dan kemudian menyebarkan dan
mewar-warkan keburukan dan kelemahan itu samada di dalam majlis rasmi
dan kuliah ataupun dengan cara menyampaikan daripada individu kepada
individu.
31. Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Quran
Firman Allah SWT:
“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan
itu), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah
bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah,
ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu
meminta maaf, kerana kamu telah kafir sesudah beriman.” (Surah At-Taubah; ayat 65-66).
32. Berasa Aman Daripada Murka Allah Apabila Melakukan Dosa
Apabila
seseorang melakukan dosa dan merasa selamat dari kemurkaan dan seksaan
Allah, maka anggapan ini adalah berdosa besar dan amalan orang-orang
munafik.
33. Bermuka-Muka
Sikap
penuh kepura-puraan menjadi musuh kerana sifatnya menjadi gunting dalam
lipatan, api dalam sekam, duri dalam daging, talam dua muka, gergaji
dua mata dan lidah bercabang dua. Sesungguhnya suatu yang paling
ditakuti terhadap apa yang aku takut menimpa ummatku ialah semua
munafiqin yang petah lidahnya.
34. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
Panggilan
yang buruk ialah gelaran-gelaran yang tidak disukai oleh orang yang
digelari dengan gelaran itu, seperti panggilan hai fasiq, hai kafir, hai
pelacur, hai penjudi, dan lain-lain. Lebih-lebih lagi sekiranya orang
tersebut sememangnya beriman dan telah bertaubat.
“Orang-orang
yang beriman seperti satu jasad, sekiranya satu anggotanya merasa sakit
maka seluruh tubuhnya akan merasakan sakitnya dan demam.” (Ibnu Jarir)
Firman Allah SWT:
“Neraka Wail (kecelakaaan yang amat besar) bagi setiap Luzamah (orang
yang mencela dengan ucapan) dan Huzamah (orang yang mencela dengan
perbuatan).” (Surah Al Humazah: 1)
35. Menuduh Orang Beriman Bodoh
Orang
Munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu
pengetahuan tentang perjara yang bermanfaat dan memudharatkan. Justeru,
mereka menuduh orang beriman bodoh atau kurangf ilmu pengetahaun dalam
urusan kehidupan.
36. Memutuskan Silaturrahim
Memisah
dan merosakkan hubungan silaturahim, merosakkan hubungan sesama
keluarga, sahabat handai, sesama jemaah ataupun organisasi mahupun
sesama masyarakat.
37. Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
Menjadi
batu api serta membuat laporan dan menaburkan fitnah sehingga berlaku
perpecahan dan hilang kasih sayang di kalangan sesama umat Islam.
38. Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
Sebagai
orang yang beriman,umat Islam tidak seharusnya sedia menjadi saksi yang
palsu atau dusta dalam member keterangan bagi menyelesaikan sesuatu
perkara pada jalan yang benar.Justeru itu,berdusta ketika menjadi saksi
adalah golongan orang-orang munafik dan dibenci oleh Allah SWT.
“Dan
janganlah kamu menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. Dan
sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang
berdosa hatinya. Dan Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah:283)
39. Menghalalkan Perkara Yang Haram
Menjadikan
matlamat sebagai sasaran utama sehinggakan sanggup melanggar batas
aqidah, syariat dan akhlak. Matlamat tidak menghalalkan cara.
40. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
41. Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah
Membuat
sesuatu perkara dan keputusan kemudian merubah semula dalam masa yang
singkat, umpama membina rumah kemudian diruntuhkan semula.
42. Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
Berpura-pura
melakukan kebaikan di tengah2 orang ramai dan gemar melakukan
kemungkaran di belakang orang adalah dibenci Allah SWT.
Firman Allah SWT: “Mereka
bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah,
padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan
keputusan rahsia yang Allah tidak redhai…” (An-Nisa’: 108)
43. Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
44. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
Mereka
(orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan
orang2 beriman. Mereka menggembar-gemburkan tentang kemerdekaan wanita,
persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha
memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah2 porno dan
narkotik.
45. Suka Kepada Kesesatan Dan Suka Menyesatkan Orang
46. Berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.
Orang
munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh
tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada
masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: “Hanya
Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si
fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu… semoga Allah memberi
kesabaran kepada kami dan beliau.” Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan bangga akan musibah itu.
47. Membuat kerosakan di muka bumi
Membuat kerosakan di muka bumi seperti menggondolkan hutan dan bukit bukau tanpa mengadakan perbaikan.
Firman Allah SWT: “Dan
apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerosakan di
muka bumi, mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kami orang-orang yang
mengadakan kebaikan.’ Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang
yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.” (Al-Baqarah: 11-12)
48. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
49. Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
50. Mengingkari Takdir Allah SWT
Orang munafik selalu membantah dan tidak redha dengan takdir Allah SWT. Sesungguhnya
orang yang tidak dapat menerima kekalahan dan menolak, membenci atau
mengingakari takdir Allah, tergolong dalam golongan kufur, rosak iman
dan mendapat azab serta kemurkaan Allah SWT.
.
Ingatlah Allah SWT berfirman dalamAl-Quran:
الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّـهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿٦٧﴾
“Orang-orang
munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan
setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan
yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka juga
menggenggam tangannya. Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan
perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka.
Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.”
(Surah At-Taubah, ayat 67)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa dan siapa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
Munafiq (Klik Di Sini)
.
وَالسَّلاَمْ