PUTRAJAYA 14 Ogos - Kerajaan hari ini mengisytiharkan tarikh 22 Ogos ini sebagai Hari Berkabung Negara ekoran tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada bulan lalu di wilayah Donestk, timur Ukraine.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada hari tersebut kerajaan turut menerima 15 daripada 24 jenazah warga Malaysia tragedi MH17 yang diterbangkan khas dari Amsterdam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau berkata, penerbangan khas itu turut membawa pulang seorang warganegara Belanda yang mahu disemadikan di negara ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment