Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday, 2 August 2014

Pejuang Palestin: Biarkan Kami Sendirian, Kami Tidak Perlukan "Talam Dua Muka", Kami Hanya Mahukan Doa Dari Saudara-saudara Kami Yang Ikhlas

Oleh:Wartawan Indonesia, Abdullah Onim.

Khabar angin yang mengatakan Hamas meminta bantuan Hizbullah memaksa pemimpin Hamas bersuara. Muhammad Nazzal, wakil Hamas di Lubnan, dengan tegas membantah khabar angin tersebut.

Dia mempersoalkan kenapa Hizbullah yang mengaku menjadikan Israel musuh utama mereka. Namun tidak ada satu roketpun dilepaskan kumpulan Syiah itu ke Israel.

"Kenapa sudah 25 hari perang berlangsung akan tetapi tidak ada satu roket pun kamu lancarkan ke Israel," tegas Nazzal ketika diwawancara wartawan Indonesia, Abdullah onim, Khamis (31/7/2014).

Nazzal mempersoalkan banyak negara mengaku mujahid, mengatakan Israel sebagai musuh utama, akan tetapi ketika Gaza dihujani roket Israel, mereka masih tertidur lelap.

"Kenyataan saya ini, bukan bererti kami meminta bantuan daripada Hizbullah dan Iran, tidak sama sekali. Biarlah kami (pejuang Islam Palestin) yang berperang melawan Zionis Israel, kerana ini wajib hukumnya untuk kami membela tanah Palestin, "tegas Nazzal.

Pencerobohan Israel sudah memasuki hari ke-25 pada Khamis (31/7). Namun Hamas setakat ini baru menggunakan 10 peratus kekuatannya, sementara Israel sudah habis-habisan mengeluarkan 90 peratus kemampuannya.

"Kekuatan dan peralatan yang kami miliki saat ini masih boleh bertahan walau perang berlangsung hingga bertahun-tahun," tambah Nazzal.

Nazzal berkata semua persenjataan yang Hamas miliki ketika ini majoritinya adalah buatan tangan Gaza.

"Kami pelajari kecanggihan dari negara lain dan kami kembangkan di Gaza persenjataan tersebut," katanya. "Ada persenjataan yang kami miliki berasal dari luar. Tetapi kami membelinya, bukan bantuan percuma "tambahnya.

Adakah doa ikhlas untuk rakyat dan pejuang Islam Palestin di sini? Atau hanya jeritan terlalak-lalak persis bantahan pada zaman FATAH? Kami perlukan doa ikhlas, ya doa ikhlas dari pejuang-pejuang seluruh dunia, pejuang yang bangun malam memohon dan merayu pada yang maha Esa bagi membantu perjuangan kami, Pejuang Islam Palestin.
Menunjukkan rasa simpati itu perlu tetapi bukanlah berpanas terik terjerit-jerit, sedikitpun tidak membantu kami.

50,000 berhimpun bawah terik matahari bantah kekejaman Israel di Dataran Merdeka


Kira-kira 50,000 hadirin membanjiri Dataran Merdeka pada petang ini bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman Zionis di bawah bahang terik matahari.

Pengerusi Viva Palestina Malaysia Datuk Dr Musa Mohd Nordin yang membuat ucapan pembukaan pada perhimpunan itu mengutuk kekejaman Zionis yang menyerang tanpa peri kemanusiaan.

"Sejak 66 tahun lalu warga Palestin berjuang mendapatkan semula apa yang dicuri ‎daripada mereka. Tanah, rumah, kampung dan apa yang penting kebebasan dan maruah diri mereka.

"Palestin dilabel oleh Nelson Mandela sebagai krisis moden terburuk dunia dan beliau menambah dunia tidak akan bebas selagi Palestin tidak dibebaskan‎," katanya berucap di majlis itu.

Semalam, Raja Abdullah dari Arab Saudi mengkritik tindakan berdiam diri masyarakat antarabangsa ekoran serangan agresif Israel, lapor Reuters.

Beliau turut menyelar tentera yang dikatakan membunuh orang awam tidak berdosa. – 2 Ogos, 2014.See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

Konsert Mariah Carey

Mariah memilih Malaysia sebagai lokasi pertama untuk mengadakan konsert di negara Asia Tenggara bersempena konsert jelajahnya pada 22 Oktober depan di Stadium Negara. Banggakah rakyat Malaysia?

KL: Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Mariah Carey memilih Malaysia sebagai lokasi sulung bersempena siri konsert jelajahnya di Asia Tenggara yang bakal diadakan di Stadium Merdeka dekat sini pada 22 Oktober depan.

Pihak penganjur konsert di negara ini dilaporkan berjaya mendapat bidaan bagi mendapatkan diva terkenal itu lebih awal berbanding negara lain seperti Singapura dan Filipina. Lapor mStar hari ini.



"Kuala Lumpur akan menjadi negara yang pertama biarpun Singapura tidak gembira dengan keputusan pengurusan penyanyi itu yang hanya akan mengadakan persembahan di Singapura dua hari selepas konsert di sini," kata sumber industri yang enggan namanya dikenali

Difahamkan bayaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Mariah tidak kurang daripada USD1 juta (RM3.2 juta) iaitu harga sama semasa penyanyi itu mengadakan konsert di negara ini pada tahun 2004.

Mariah adalah artis wanita paling berjaya dalam sejarah industri muzik Amerika Syarikat dengan penjualan album sebanyak 200 juta unit di seluruh dunia dan 18 lagu yang diciptanya sendiri menduduki tangga pertama carta Billboard.

Mariah pertama kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada tahun 2004.

Konsert pertama Mariah di negara ini pernah menimbulkan kekecohan ekoran imej seksi penyanyi berkenaan sehingga ahli Parti PAS berarak di luar stadium Merdeka membantah penganjuran persembahan itu.

Malangnya, kerajaan Malaysia sendiri merasa bangga dengan kehadiran penyanyi telanjang itu, kerana begitulah corak generasi muda Malaysia yang akan dibentuk, walaupun Perdana Menteri Najib sendiri pernah mengakui Malaysia adalah negara Islam. (IH)http://www.ibnuhasyim.com/

Seorang penganalisis perang Zionis, David Ben Alon berkata:


"Sesungguhnya Briged Al-Qassam telah mencapai kejayaan yang besar dari segi strategi dan taktik peperangan ketika mereka berhadapan dengan medan peperangan melawan tentera Zionis. Mereka telah memperlihatkan kepakaran mereka dalam perang darat (ground battle) sepertimana mereka telah tunjukkan sekarang serangan-serangan mereka yang berterusan untuk melemahkan Zionis".

Demi Palestine Cristiano Ronaldo Tolak Tawaran PEPSI 

Baru-baru ini, Ronaldo menolak tawaran iklan tv komersial Pepsi yang bernilai jutaan dollar hanya kerana Pepsi menyumbangkan wang untuk membiayai tentera Israel. 
 
Ungkap saja nama beliau, pasti ramai yang mengenalinya. Cristiano Ronaldo, bintang bola sepak yang kini bertapak di bawah Real Madrid bukan sahaja dikenali dengan bakatnya dalam sukan terbabit, tetapi juga terkenal dengan sifat kemurahan hati dan perikemanusiaannya.

Sebelum ini, Ronaldo pernah menolak pertukaran jerseynya dengan pemain bola sepak Israel dengan alasan,

“I don’t exchange my shirt with assassins”.

Tindakan Ronaldo itu sekali gus memberikan satu tamparan yang hebat buat puak Yahudi.

Dan baru-baru ini, Ronaldo menolak tawaran iklan tv komersial Pepsi yang bernilai jutaan dollar hanya kerana Pepsi menyumbangkan wang untuk membiayai tentera Israel.

Cristiano Ronaldo bukan beragama Islam. Tetapi dia rela korbankan segala-galanya demi keadilan untuk rakyat Palestin. - My Media Hub.

Tuduhan media Israel terhadap Malaysia langsung tidak berasas - Hamas
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Hamas menafi sekeras-kerasnya laporan media Israel bahawa anggotanya mendapat latihan mengenai cara melakukan serangan melalui payung terjun di Malaysia.

Katanya, tuduhan tidak berasas itu direka oleh perisik Israel untuk menjejaskan perpaduan dan sokongan masyarakat antarabangsa yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin yang sedang menghadapi jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis.

"Israel mencipta tuduhan itu sebagai cubaan untuk mengalih perhatian daripada penyembelihan dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tenteranya terhadap orang awam, kanak-kanak, wanita dan golongan tua di Palestin," kata Hamas melalui kenyataan yang tersiar dalam laman sesawang rasminya httP://bit.ly/1sekj3.

Kenyataan dalam bahasa Arab itu diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM). - BERNAMA.

ABU: Malaysia hanya layak menjadi penganjur konsert dan penyumbang dalam diam kepada Zionis. Tiada istilah jihad di sini.

Israel-Malaysia Jalin Hubungan Dagang

Kerajaan sedang memperhalusi termasuk mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat multinasional yang mempunyai hubungan dagang dengan Israel sebelum sebarang keputusan dan kenyataan dikeluarkan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, segala maklum balas dan kajian terperinci perlu dilakukan kerana ia melibatkan kepentingan tertentu.

"Ia termasuk terdapat barangan kompenen penting yang di buat di Israel yang mana kompenen tersebut dianggap kritikal.

"Kita tetap berpendirian tidak menyokong kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin, namun dalam soal perdagangan ianya memerlukan kajian dan perbincangan lanjut dengan syarikat berkepentingan," katanya semasa sidang media selepas Seminar Pembangunan Islam Kelantan dan majlis hari raya di sini.

Jelasnya, Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan hampir kesemua negara namun kaedah perdagangan pada masa kini menjadikan sestau komponen tidak dibuat di satu tempat sahaja termasuk di Israel.

"Sebab itu kita akan buat perbincangan sebelum keluarkan kenyataan yang tepat. Perbincangan sedang berlangsung dan memang ada syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia yang memerlukan kompenen yang di buat di israel selain ada juga kompenen Malaysia yang di hantar ke Israel.

"Ia disebabkan komponen berkenaan merupakan kritikal. Jadi saya kira kita akan adakan pertemuan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan. Semuanya sedang diperhalusi kerana sebarang kenyataan yang akan dibuat perlu tepat," jelasnya.

Ujar Mustapha, masyarakat juga harus memahami rantaian barangan ini berada di pelbagai negara sebelum sesuatu produk disiapkan sepenuhnya.

Jadi jelasnya, proses mengimport atau mengeksport kompenen termasuk melibatkan Israel dilihat sesuatu yang diperlukan bagi menyiapkan produk berkenaan.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR