PENGETUA SMK Taman Desaminimum, Seri Kembangan, Roslina Ahmad memangku bayi perempuan yang dilahirkan di sekolahnya di Seri Kembangan, Selangor, kelmarin
KUALA LUMPUR 13 Ogos - Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desaminium di Seri Kembangan dekat sini, pastinya tidak dapat melupakan detik cemas apabila seorang rakan mereka melahirkan anak di sekolah itu, semalam.
Guru itu, Rabiatul Adawiyah Ibrahim, 29, melahirkan anak ketiganya ketika sedang mengajar di sekolah tersebut, kira-kira pukul 11.30 pagi.
Menurut suaminya, Raja Abdullah Raja Jusoh, 29, yang juga seorang guru di sebuah sekolah menengah di Cheras, dia terkejut apabila mendapat panggilan daripada isterinya yang tiba-tiba mengadu rasa sakit hendak bersalin.
"Pemeriksaan doktor sebelum ini menjangkakan tempoh lahir adalah dalam dua minggu lagi. Saya lalu bergegas ke sekolah.
"Setibanya di sekolah, isteri saya telah selamat melahirkan anak perempuan dengan bantuan pengetua dan guru-guru lain. Isteri dan anak kemudian dibawa ambulans ke hospital.
"Syukurlah semuanya selamat. Saya mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang membantu," katanya ketika ditemui di Hospital Serdang, di sini hari ini.

Menurut Raja Abdullah, anaknya itu seberat 2.2 kilogram kini masih dalam rawatan pihak hospital dan di bawah pengawasan doktor. - UTUSAN.
No comments:
Post a Comment