Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday 11 August 2014

Langkah Kajang Yang Pincang, Mari Kita Lihat Siapa Yang Kena, Mungkin DSAI Masih Ingat Ketika Beberapa Pendokong PAS Bagan Serai Berkunjung ke kediamannya Sebelum PRU ke 13 Dulu.....

KEADILAN, DAP desak Khalid Ibrahim buktikan sokongan majoriti Dewan

KEADILAN dan DAP mengambil maklum kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor pagi ini bahawa beliau akan kekal menjadi Menteri Besar kerana mempunyai sokongan majoriti dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

 
KEADILAN dan DAP telah menyatakan secara terbuka bahawa YAB Tan Sri Khalid Ibrahim tidak lagi mendapat sokongan kedua-dua parti ini sebagai Datuk Menteri Besar Selangor. Ini bermakna YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sudah hilang kepercayaan 28 Adun iaitu separuh dari jumlah Adun di Selangor.

PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 ini.

Oleh yang demikian, kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak Istana bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri itu adalah meragukan.

Dengan penolakan terbuka KEADILAN dan DAP, itu juga bermakna YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hanya boleh mempunyai sokongan majoriti dengan mendapat sokongan dari 12 Adun Umno.

Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP mendesak supaya:

YAB Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperolehi oleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa. Ini termasuklah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan dari Adun PAS dan Umno;

Umno menyatakan secara terbuka bahawa 12 Adun Umno menyokong YAB Tan Sri Khalid Ibrahim seperti mana yang didakwa oleh beliau. Jika 12 Adun Umno tidak menyokong YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, maka jelaslah beliau telah mempersembahkan maklumat palsu kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.

KEADILAN dan DAP akan terus menggunakan segala kaedah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas. Langkah seterusnya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri akan dimaklumkan selepas pimpinan Pakatan Rakyat terus bermesyuarat mencari muafakat menyelesaikan perkara ini dengan baik.

Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung KEADILAN

Tony Pua
Pengerusi DAP Selangor

11 Ogos 2014

Khalid tak perlu exco PKR, DAP


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia meneruskan pentadbiran Selangor tanpa bantuan exco negeri dari PKR dan DAP.

Beliau menyatakan artikel 53 (2) (b) Undang-undang tubuh Negeri Selangor menyatakan Selangor hanya memerlukan minima empat orang ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri atau exco.

"Saya membaca laporan media parti PAS telah nyatakan sokongan bahawa keempat-empat ahli PAS dalam exco kerajaan negeri bawah pimpinan saya oleh itu saya boleh teruskan mesyuarat exco," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Bagaimanapun beliau menyatakan akan bertemu enam exco lain dari PKR dan DAP untuk bertanya mengenai kesanggupan bekerjasama bersama pentadbiran beliau.

"Kalau mereka tak mahu bersama dalam pasukan menteri besar, lebih baik mereka tak jadi exco," kata beliau.

PAS Selangor semalam memberitahu exco mereka akan terus bekerjasama dengan Khalid kerana tiada masalah dengan pentadbiran beliau.

Faekah Husin umum keluar PKR hari ini


Faekah Husin, bekas setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan beliau keluar PKR hari ini kerana membantah cara parti itu memecat bekas bosnya.

Faekah yang juga ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) menunjukkan surat yang dihantar beliau kepada Malaysiakini dan menyatakan ia telah dihantar kepada ibupejabat PKR hari ini.

Faekah yang juga bekas setiausaha politik Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ditugaskan dengan Khalid pada 2009, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut selain menyatakan beliau "hilang kepercayaan terhadap parti."

Surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail itu berkata PKR tidak mengamalkan cara berhemah dan terpesong dari prinsip parti dalam pemecatan Khalid Sabtu lalu.

"Cara dan tindakan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti ke atas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jelas terkeluar dan terpesong daripada nilai-nilai keadilan yang selama ini yang diperjuangkan oleh partinini sejak ditubuhkan pada 4 April 1999," petik surat itu.
TPM: Umno S'gor sokong Khalid tanpa syarat

 

BN menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar Selangor, tanpa syarat dan ikhlas, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  
Muhyiddin, yang juga timbalan pengerusi BN, berkata beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN bagi mendapatkan hala tuju berhubung kemelut kepimpinan di Selangor.

"Jadi atas beberapa dasar, sebab dan prinsip, BN menyokong MB Selangor (Abdul Khalid).
  
"Kita juga tidak mengambil kira fahaman politik dan sebagainya, kita juga lihat tiada kewajaran perubahan pimpinan sebagaimana yang hendak dilakukan oleh Pakatan Rakyat di negeri itu ," katanya ketika diminta mengulas situasi terkini di Selangor selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan kali ke-11 di Putrajaya hari ini.
  
Muhyiddin berkata sokongan itu juga adalah tidak bersyarat dan ikhlas kerana apa yang ingin dilihat ialah keadaan yang stabil di negeri itu.
  
"Kalau anda tanya apa yang kita akan dapat dengan menyokong beliau (Abdul Khalid) kita pun tak tahu apa yang kita akan dapat," katanya.

Muhyiddin berkata yang penting ialah soal kesinambungan kepimpinan dan nasib rakyat di negeri itu.
  
Beliau berkata semua ADUN BN Selangor juga akan menyatakan sokongan sekiranya usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Abdul Khalid.
  
"Selangor sebuah negeri yang penting dan atas sebab itu kita berpendapat kalau tiada perubahan kepimpinan, walau pun Khalid bukan daripada parti BN tetapi itu lebih baik untuk keadaan yang ada sekarang," katanya.

Khalid beri sokongan
  
Beliau berkata dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, Abdul Khalid juga memberikan sokongan dan kerjasama berhubung masalah air dan penstrukturan semula air di Selangor serta projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).
  
"Jadi projek itu pada peringkat ini masih boleh diteruskan, itu perkara utama untuk mengelakkan krisis air bagi kami kerajaan persekutuan dan semangat kerjasama yang sudah sedia terjalin itu perlu diteruskan," katanya.

Muhyiddin berkata, apa yang dibimbangkan ialah jika berlaku perubahan kepimpinan sudah tentu persefahaman dan perjanjian yang ditandatangani berhubung masalah air mungkin akan terjejas.
  
"Bagi kami dalam keadaan itu siapa yang elok kita sokong...bagi Kerajaan Pusat ialah menentukan nasib rakyat baik di Selangor dan persekutuan tidak terjejas dan terus dibela dengan perjanjian yang telah disepakati.
  
"Ikut bacaan saya kalau ada perubahan maka ada yang akan pinda itu...ini...dan ia akan bawa kesan besar kepada masalah air serta soal-soal berkaitan kebajikan rakyat di Selangor dan Wilayah Persekutuan," katanya.
  
Ditanya sama ada boleh berlaku perubahan dalam perjanjian yang telah ditangani sebelum ini jika berlaku perubahan pentadbiran, Muhyiddin berharap perjanjian yang ditandatangani itu dihormati.
  
"Tetapi jika ada perubahan kerajaan saya juga tidak boleh jangkakan apa akan berlaku dan itu turut menjadi kebimbangan kita juga," katanya.
  
Mengenai sama ada akan berlaku pembubaran DUN di Selangor, Muhyiddin berkata perkara itu sukar diramal dan tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Sokongan majoriti

Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat pula berkata dengan penolakan terbuka PKR dan DAP, ini bermakna Abdul Khalid hanya boleh mempunyai sokongan majoriti dengan mendapat sokongan daripada 12 ADUN Umno.

Oleh itu, dalam satu kenyataan bersama hari, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua Saifuddin dan Pua berkata dengan penolakan terbuka PKR dan DAP, ini bermakna Abdul Khalid hanya boleh mempunyai sokongan majoriti dengan mendapat sokongan daripada 12 Adun Umno.

Sehubungan itu, mereka turut mendesak Umno menyatakan secara terbuka bahawa 12 ADUN parti itu menyokong Abdul Khalid seperti mana yang didakwa oleh beliau.
  
"Jika 12 ADUN Umno tidak menyokong Abdul Khalid, maka jelaslah beliau telah mempersembahkan maklumat palsu kepada Sultan Selangor," kata mereka.

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini berkata Sultan Selangor memberi perkenan supaya beliau kekal sebagai menteri besar walaupun dipecat daripada PKR.

Sebelum itu, Khalid berkata beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan menteri besar Selangor sehingga ada perkembangan terbaru.
  
Abdul Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan oleh beliau berhubung kedudukannya sebagai menteri besar.
  
Katanya, beliau telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatannya sebagai ahli PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.
  
Justeru, katanya, baginda Sultan berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya perkenan beliau kekal memegang jawatanmenteri besar Selangor.

- Bernama  

Buktikan saya tiada sokongan majoriti - Khalid

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sesiapa yang mendakwa beliau tidak mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) haruslah membuktikannya atau membuat laporan kepada Sultan.

"Itu untuk pihak lain cuba (buktikan). Cuba (buktikan) sama ada menteri besar dapat sokongan penuh atau sokongan majoriti.

"Dia boleh buat begitu (berkata saya hilang sokongan) dengan buat laporan kepada Sultan. Buat masa sekarang Sultan tak terima laporan saya tiada sokongan majoriti," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Dalam sidang akhbar tersebut, Khalid berkata Sultan Selangor perkenan beliau kekal sebagai menteri besar walaupun telah dipecat sebagai ahli PKR.

Khalid dipecat oleh parti itu Sabtu lalu kerana tidak mengikut arahan parti untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa masih mendapat sokongan majoriti dari ADUN Selangor dan layak menjadi menteri besar.

Beliau berkata Sultan Selangor telah bersetuju dengan penjelasan beliau dan memperkenankan beliau meneruskan tugas sebagai menteri besar ketika ditanya mengenainya.

"Lanjutan daripada pemakluman saya, DYMM Tuanku telah bertanyakan sama ada saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

"Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

"Justeru, DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor," katanya.

Khalid juga mengatakan keperluan mengikut tatacara seperti membiar usul undi tidan percaya dalam dewan undangan negeri.

Bagaimanapun beliau menyatakan tidak akan memanggil sidang khas dewan membincangkan perkara itu.

"Tidak perlu sidang dewan khas sebab tuanku tanya saya adakah saya inginkan sidang dewan khas. Yang nak sidang khas bukan saya," kata beliau sambil tersenyum

Sementara itu Khalid mengatakan beliau tidak akan mempertimbangkan menyertai mana-mana parti termasuk PAS selagi tidak membersihkan namanya.

Beliau turut menyatakan masih tidak mempertimbangkan untuk membuat rayuan kepada PKR agar diterima semula selepas dipecat Sabtu lalu.

"Sebelum saya pertimbangkan,  saya perlu bersihkan diri saya dari tohmahan- tohmahan yang saya hadapi," kata beliau. 


ABU: "Anwar hilang kata-kata ekoran kenyataan MB Khalid" terkesan Abu dengan ungkapan itu.Tentang kenyataan TPM pula Abu tak ingin ulas apa-apa sebab UMNO dan PKR tu adik beradik,berbeza nama.Perjuangan dan perangai sama sahaja, walaubagaimanapun Abu masih ingat sebahagian daripada kata-kata DSAI ketika beberapa pendokong PAS Bagan Serai Berkunjung ke kediamannya sebelum PRU ke 13 untuk berunding kerusi Parlimen Bagan Serai,tak perlu diulas di sini ......tak apalah,pengajarannya.... lain kali jika mahu masuk ke rumah orang, berilah salam dahulu.....jika tidak kita akan dikatakan biadab atau tidak beradab.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR