Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday 6 August 2014

Abdul Khalid keluar kenyataan akhbar mengenai kedudukan sebagai MB pada 10 Ogos ini, Anwar juga patut berundur!

KLANG - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai kedudukan beliau untuk jawatan nombor satu negeri itu selepas Mesyuarat Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada 10 Ogos ini.

Bagaimanapun, menurut Abdul Khalid, keputusan sama ada beliau akan mengekalkan jawatan itu atau tidak hanya akan ditentukan oleh proses dalam enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Tidak kira sama ada saya jadi menteri besar atau tidak, itu akan ditentukan oleh proses yang dilakukan seperti yang ditentukan dalam enakmen Selangor...sekarang hanya bercakap saja tidak ada pelaksanaan apa-apa...untuk itu saya masih bekerja sebagai menteri besar dengan dengan penuh minat dan bertanggungjawab.

"Saya akan buat kenyataan akhbar, tetapi keputusan-keputusan ini (menjadi Menteri Besar atau tidak) biasanya melalui proses, pertama Undangan Negeri, kedua penglibatan Tuanku (Sultan Selangor) dalam keputusan-keputusan yang akan dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Jambatan Ke-3 Klang di Jalan Sungai Bertih di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid mengakui desakan pihak-pihak tersebut termasuk dari dalam parti sendiri untuknya berundur menjadikan beliau lebih berazam bekerja untuk rakyat negeri itu.

"Saya seronok, saya sekarang dapat lihat jambatan dan saya lebih senang, apa-apa yang saya lakukan, ia memberi saya azam bahawa saya bekerja untuk rakyat Selangor.

"Oleh kerana atas desakan sebegini, saya mesti buat kerja lebih cepat, lebih tertib dan lebih betul," ujarnya. - KOSMO!


Isu Mudah yang Menjadi Rumit

Isiu Tan Sri Khalid ialah satu kes yang mudah- iaitu kes Khalid Ibrahim tidak akur kepada cakap boss dan tidak akur kepada keputusan parti. Boss ialah Anwar Ibrahim dan parti ialah PKR- bukan oang lain dan bukan parti selain PKR. Perkara ini kenalah difahami oleh bos dan parti lain.

Itu sahaja. Nak sibuk kaitkan parti PAS, sibuk dengan hujjah2 lain – undang2 lah, perlembagaan negeri lah. It’s a simple case of Khalid Ibrahim tidak tunduk kepada cakap boss dan tidak akur kepada parti.

Maka jalan penyelesaian nya ialah- singkir dan pecat Khalid. Atau jika Khalid merasakan teraniaya sangat- keluar PKR. Jika mana mana berlaku, kita tidak fikir berkurangan kepada Khalid. ( we think not less of Khalid Ibahim). Kita hormat keputusan yang diambil. Tidak timbul dia khianat, atau belot atau apa. PKR tidak miskin dengan pengeluaran Khalid, dan Khalid pun tidak kaya dengan keluar dari PKR.

Ianya akan menyelamatkan kedua dua dari mendapat aib dan malu yang lebih besar.

Hanya soalan nya ialah Anwar Ibrahim , boss PKR sudah kah berbuat demikian? Yakni beri Khalid Ibrahim the marching orders? Jika belum, tidak guna kita berhujjah disini, bertekak dan bertegang leher. Tunjukkan kepimpinan.

Jika sudah, Khalid jangan fikir jawatan MB milik peribadi dia- atau dikalangan orang Pahang, mereka akan kata- jangan fikir jawatan ini bapaok awok punye.

Jika Khalid tidak mahu beri PKR kepuasan memecatnya, dia keluar parti terlebih dahulu. Dia sudah pun berkelahi secara terbuka dengan pimpinan parti- mencemuh keputusan parti. Yang dia belum lakukan ialah secara terbuka mencemuh dan membantai Anwar Ibrahim. Bab itu dia tidak perlu lakukan sebab kerja kotor tersebut sudah pun dilakukan oleh UMNO, media dan akhbar milik UMNO. Dan oleh golongan yang mesra UMNO.

Ini bukan kes tidak menghargai khidmat Khalid. Atau sebab tidak faham undang2, proses perlantikan MB atau lain2. Bukan sebab undang2 seperti yang hendak dihujjahkan oleh Faekah. Ia nya terbit sebab- daripada Faekah, penyokong Khalid Ibrahim dan membawa kepada Khalid Ibrahim sendiri - semua mereka ingat bahawa jawatan MB ialah jawatan yang dipilih secara lansung oleh pengundi. Ini perkara asas yang tidak dihahami dan enggan difahami.Campur pula dengan kesemulajadian karakter Khalid Ibrahim. Dia ingat dia seorang sahaja yang betul dalam dunia ini.

Fakta ini juga mesti difahami oleh PAS. Mengapa mahu ambil risiko berpecah hanya kerana mempertahankan Khalid Ibrahim?

Itulah sebab nya saya menyebut perlakuan Khalid sebagai pelacur politik yang menjaja kesana sini cerita hiba dan pilu nya dianiayai dan dizalimi oleh parti dan boss nya. saya tidak kata Khalid seorang pelacur – itu olahan media mesra UMNO. Saya kata pelacur-politik – suatu term of art. Hendak buat macam mana- sememang nya cara saya tulis ialah intense.

Beberapa minggu yang lalu saya menulis sebuah artikel mengenai isu ini dan merupakan antara orang yang awal mengatakan, satu kemungkinan ialah mencadangkan ADUN Ijok, Dr Idris untuk jadi MB. Sama ada dia jadi MB atau tidak, itu suatu ketentuan yang akan kita lihat; tapi yang menarik ialah kenyataan nya terbaru ini. Yakni dia akan akur apa ketua dan parti kata.

Ertinya- dia orang parti dan kenyataan tersebut mengesahkan apa sebenarnya masaalah Khalid Ibrahim. Khalid tidak ikut cakap bos( bos senentiasa betul) dan Khalid tidak ikut keputusan parti. It’s a simple case of babir dan degil. - http://sakmongkol.blogspot.com/

ABU: Sejak kejatuhan PR Perak, Anwar juga dilihat gagal menangani kemelut negeri-negeri Pakatan yang lain justeru langkah terbaik berundurlah dan beri laluan pada yang hebat melalak dan mengkritik. Nasi sudah jadi bubur kepercayaan rakyat sudah terhakis.Lebih berbaloi apabila kesepakatan yang kita bina kita juga yang menghancurkannya.
 

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR