Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday, 18 August 2014

‘Kami mahu Abdul Khalid kekal!’

SHAH ALAM - Lapan anak muda yang mendakwa diri mereka sebagai anak jati Selangor, menolak keputusan PR yang mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar baharu.

Mereka yang menggelar diri sebagai 'Penyokong Abdul Khalid' mengadakan perhimpunan di pintu utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kira-kira jam 11 pagi dan menganggap Dr Wan Azizah tidak layak mengisi jawatan tertinggi negeri itu.

“Saya sedih dengan apa yang berlaku di Selangor dan tercabar apabila mereka mahu melantik individu yang bukan kelahiran negeri ini sebagai menteri besar,” kata wakil kumpulan itu, Mohamad Kamal Hasbi yang ditemui pada perhimpunan itu, semalam.

Menurutnya, kehadiran mereka tidak mewakili mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) atau organisasi politik.

“Kami rasa tercabar apabila Sultan kami dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dipermainkan oleh pihak berkenaan yang sewenang-wenangnya mahu tukar Menteri Besar Selangor yang sedia ada kepada orang luar,” katanya.

Meskipun lahir dari suara mereka yang kecil, beliau akui tindakan mereka adalah mewakili sebahagian besar rakyat jati Selangor.

Ketika perhimpunan, kumpulan itu membawa kain rentang dan sepanduk bertulis, ‘Kami Mahu Anak Selangor’, ‘MB Selangor Untuk Anak Melayu Selangor’, Perkara 53 (3) Menjelaskan MB Selangor Mestilah Warganegara Secara Kuat Kuasa Undang-undang dan Bukan Bernombor IC 71”.

Menurut Mohamad Kamal, meskipun bilangan yang berkumpul tidak ramai, beliau yakin mampu memberi kesan kepada pengundi muda yang lain.

“Mungkin kami dilihat tiada fungsi tetapi kami ini (pengundi muda) yang paling ramai di Selangor. Tak mustahil pada pilihan raya akan datang boleh mengubah sokongan,” katanya.

Selain itu katanya, sebagai anak jati Selangor, dia beranggapan tidak ada sebab kenapa menteri besar sedia ada perlu diganti.

Kumpulan itu turut melaungkan ‘Hidup Selangor!’ beberapa kali sebelum beredar dari pekarangan bangunan berkenaan.

ABU: Ceh, lapan je! Bawaklah ramai sikit.... di negara kita bahkan di dunia umum mengakui bahawa yang ramai itu menang dan benar.....Yang manoriti adalah salah dan batal. Beriman kepada demokrasi adalah anutan kebanyakan parti politik termasuk sebahagian besar penyokong PAS dan PAKATAN.Pandangan Ulamak? Abaikan sahaja...kolot!

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR