Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday, 11 August 2014

Usah ikut Qarun bangga miliki kekayaan dunia

Oleh Syafiq Zulakifl

Umat dididik berzakat, bantu golongan memerlukan

Hikmah Allah SWT memperincikan kisah umat Islam yang dimurkai Allah dalam al-Quran adalah bagi memberikan peringatan penting kepada umat Islam hari ini supaya tidak terjun ke lembah kehinaan itu. Begitulah peringatan dan sandaran Allah SWT mengenai keangkuhan Firaun beriman kepada Tuhannya.

Kisah Firaun dan Nabi Musa di Mesir diceritakan melalui pelbagai dimensi dan ayat sebagai peringatan Allah SWT kepada hamba-Nya bahawa setiap kemungkaran dilakukan oleh manusia itu disebabkan kejahilan mereka sendiri.

Firman Allah SWT; “Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qasas, ayat 77)


Minggu lalu, rancangan Ibrah bersama Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman meneliti seorang lagi orang kanan Firaun yang dimurkai Allah SWT sehingga akhirnya azab diturunkan kepadanya. Dia yang dimaksudkan adalah Qarun.

Istilah ‘harta karun’ yang biasa menjadi ungkapan di bibir kita sebenarnya lahir daripada ketamakan manusia bernama Qarun di atas kekayaannya dan keadaan itu menjadikan dia sombong serta angkuh kepada Allah SWT.

Allah Taala memperincikan kisah Qarun dalam firman yang bermaksud: “Sesungguhnya Qarun termasuk daripada kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta dan kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat. Ingatlah ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau terlalu bangga. Allah Taala tidak menyukai orang yang membanggakan diri.” (Surah al-Qasas, bermula ayat 76)

Kisah ini menjadi saksi bahawa kesombongan melalui harta tidak akan kekal lama jika umat Islam tidak memahami konsep kekayaan di dalam hidup ini.

Perkara penting yang menjadi peringatan Allah SWT adalah manusia mempunyai sikap gopoh dan tamak apabila dilimpahi dengan rezeki. Mereka tidak bersyukur di atas kurniaan dilimpahkan kepada dirinya lalu harta itu tidak diinfakkan kepada mereka yang sepatutnya menerima hak.

Begitulah Allah mendidik umat Islam mengeluarkan zakat apabila tiba waktu dan haulnya. Perkara kedua yang menambahkan lagi keangkuhan Qarun adalah kerana dia berbangga terhadap kekayaannya itu disebabkan ilmu yang ada pada dirinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dia Qarun berkata, Sesungguhnya aku diberi harta itu semata-mata kerana ilmu yang ada padaku. Tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya mengenai dosa-dosa mereka.” (Surah al-Qasas, ayat 76)

Ilmu adalah milik Allah SWT. Justeru, bagi mereka yang dikurniakan kekayaan harta seharusnya tidak selesa dengan kekayaan mereka di dunia ini kerana Allah SWT sentiasa memberi peringatan bahawa kejayaan hakiki itu hanya pada akhirat kelak.

Orang yang memiliki kekayaan dunia tidak akan kekal selama-lamanya kecuali mereka memahami tujuan kekayaan itu. Hal sedemikian diingatkan Allah melalui firman yang bermaksud: “Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qasas, ayat 77)

Ketamakan Qarun dengan hartanya ini tidak terhenti di situ, malah diakui oleh pengikutnya. Sikap mendabik dada ini mengingatkan kepada manusia supaya berhati-hati dengan jawatan, pangkat dan kedudukan yang mulia diberikan Allah SWT kepada kita.

Manusia sering kali diuji dengan kedudukan yang baik, malah memberikan gambaran bahawa kehidupan yang senang itu adalah anugerah sedangkan mereka tidak memahami setiap kelebihan itu juga adalah ujian untuk mereka.

Allah SWT memperincikan lagi dengan firman yang bermaksud: “Maka keluarlah dia (Qarun) kepada kaumnya dengan kemegahannya. Orang yang menginginkan kehidupan dunia berkata: Mudah-mudahan kita mempunyai harta kekayaan seperti apa yang diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar.” (Surah al-Qasas, ayat 79)

Kisah Qarun diakhiri dengan kemurkaan Allah SWT yang menenggelamkan Qarun bersama rumahnya ke dalam bumi.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Maka Kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia tidak termasuk orang yang dapat membela diri.” (Surah al-Qasas, ayat 81)

Mereka yang berziarah ke bumi Mesir pada hari ini dapat melihat sendiri tanda kebesaran Allah SWT serta menunjukkan peringatan Allah SWT kepada keingkaran dan kesombongan Qarun terhadap hartanya. Allah SWT tidak sekali-kali melupakan umat yang sentiasa mentaatinya.

Biarpun Qarun yang menjadi orang kanan Firaun mengingkarinya dan bongkak, tetapi Firaun juga mempunyai orang kanan yang akhirnya mentaati perintah Allah. Perkara ini dijelaskan Allah SWT supaya umat Islam sentiasa mencontohi peribadi dan akhlak terpuji biarpun di dalam cengkaman Firaun.

Dalam al-Quran Allah SWT menggunakan istilah ‘lelaki yang beriman’ bagi menunjukkan keimanannya biarpun tidak dijelaskan siapakah lelaki beriman itu. Oleh itu, jelaslah bahawa insan yang dimurkai seperti Firaun, Qarun dan Haman disebutkan dengan nyata dalam al-Quran.

Berbeza dengan lelaki beriman pada zaman Firaun, disembunyikan keimanannya supaya mendidik umat tidak berasa sombong dan takbur.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan seseorang yang beriman di antara keluarga Firaun yang menyembunyikan imannya berkata: Apakah kamu akan membunuh seseorang kerana dia berkata, Tuhanku adalah Allah, padahal sungguh dia telah datang kepadamu membawa bukti-bukti yang nyata dari Tuhanmu. Dan jika dia seorang pendusta maka dialah yang akan menanggung dosa dustanya itu, dan jika dia seorang yang benar, nescaya sebahagian bencana yang diancamkannya kepadamu akan menimpamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang melampaui batas dan pendusta.” (Surah Ghafir, ayat 28)

Keimanan umat Islam sentiasa diuji. Bagi mereka yang memahami seruan untuk mentaatinya tidak akan culas dan kurang keimanannya, tetapi bagi mereka yang mengabaikan perintah Allah SWT sebaliknya berlaku terhadap diri mereka.

Begitulah simbol yang digunakan Allah SWT dalam menterjemahkan keimanan umat. Allah SWT akan memberikan hidayah kepada mereka yang sering mencarinya malah inginkan istiqamah terhadapnya. Bandingan itu tidak akan diperoleh bagi mereka yang mengingkari perintahnya.

Kisah Qarun yang panjang, kisah Firaun yang berulang-ulang pada beberapa surah dalam al-Quran menjadi teladan bermakna kerana Allah SWT mengingatkan betapa besar kurniaan Allah SWT bagi mereka yang mentaati-Nya dan besar juga azab bagi yang mengingkar-Nya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.” (Surah Ghafir, ayat 39) - Posted by epondok di Ogos 12, 2014

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR