Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday, 13 August 2014

Kemelut Politik Selangor dan Penyelesaian, Antara Hikmah dan Nafsu

Jika kita pernah diinaya janganlah kita menginayai.Jadikan Allah sebagai matlamat. Manusia dan parti sebagai asbab dan pembawa kepada tujuan. Letakkan Allah dalam jiwa, berpaling dari pengharapan terhadap makhluk.Kepada Allah kita memohon. Kepada Allah kita yatakan harapan.Tiada masalah tidak dapat dirungkai.Taqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.

Perjalanan ini baru sahaja di permulaan.Masih jauh dan di awang-awangan dalam mendidik dan mentarbiah hamba-hambaNya. Keadaan yang serba kekurangan pada suatu ketika menambah kesulitan dan terus membungkam. Jangan alpa, kembali kepada asas dan matlamat perjuangan.Jika ditakdirkan dagang, kita kembali kepada dagang.Bukankah pada akhirnya nanti kita juga akan dagang untuk bertemu Rabbul Jalil. Biar tewas, jangan tertewas.

Jika jalan yang dirintis dituruti dengan ikhlas dan taqwa, biar ditertawa dan dicerca.Insya-Allah, akan dipermudah. Moga-moga dipelihara dan dirahmati Allah sentiasa. Rahmat Untuk Semua.

Kisah dan Teladan.

Luqman al-Hakim ialah seorang ahli hikmah. Beliau bukanlah seorang yang kaya raya dan banyak harta benda. Diriwayatkan, Luqman al-Hakim hanyalah orang biasa yang memiliki pelbagai jenis pekerjaan. Malah ada sejarawan yang menyelidik Luqman ialah seorang hamba berkulit hitam.

Suatu hari, Luqman al-Hakim ingin pergi ke pasar untuk mencari barang keperluan bersama anaknya. Segala peralatan yang ingin dicari disenaraikan. Segala keperluan yang ingin dibeli dicatit oleh Luqman.

Kerana jarak yang jauh antara pasar dan kawasan perkampungan Luqman dan anaknya, mereka pergi ke pasar dengan membawa seekor keldai sebagai binatang tunggangan dan bertujuan untuk membawa barang keperluan yang dibeli. Buat pertama kali bertolak dari rumah mereka, Luqman membenarkan anaknya untuk menunggang keldai memandangkan dia masih lagi muda.

Sehinggalah mereka tiba di suatu perkampungan. Ketika tiba di perkampungan tersebut, orang ramai mula memerhatikan mereka. Mereka berasa ganjil dan pelik dengan dua beranak itu bersama dengan seekor keldai

“Mengapa anak itu yang menunggang keldai tersebut? Kenapa tidak ayahnya yang menunggang? Oh, sungguh tercela anak itu. Tidak bijak menghormati orang tua. Tidak pernahkah dia sedar ayahnya yang selama ini memberikan makan dan minum kepada dia?”

Semua orang di kampung itu menyatakan perkara serupa. Terpinga-pinga Luqman mendengar jawapan daripada mereka. Lantas, Luqman berkata pada anaknya, “wahai anakku, biarlah ayah pula yang menunggang keldai pula pada kali ini.” Kemudian, mereka meneruskan pula perjalanan menuju ke pasar.

Dalam perjalanan, mereka sampai pula ke suatu lagi perkampungan. Luasnya lebih kurang sahaja perkampungan yang sebelum ini mereka pernah tiba. Tanpa memerlukan apa-apa hajat atau keperluan pada masyarakat di kampung tersebut, Luqman yang menunggang keldai, dan anaknya yang menarik tali keldai menuju ke kampung tersebut sebelum boleh tiba ke kawasan pasar

Ketika itu, semua orang yang melihat kelibat dua beranak ini mula berbisik-bisik. Penduduk kampung itu berasa ganjil dengan tingakh aluk Luqman dan anaknya. Mereka mula mencela dan berkata, “ mengapakah bapa yang menunggang, sedangkan sang anak yang menarik si keldai? Anak itu masih kecil, tentu kepenatan sepanjang perjalanan.”

Sekali lagi, Luqman mendengar telahan peduduk kampung yang melihat kelibat mereka. Setelah berfikir beberapa ketika, Luqman berkata kepada anaknya, “wahai anakku, kali ini kita menunggang keldai ini bersama-sama sehingga tiba di pasar.”

Mereka meneruskan perjalanan dengan kedua anak beranak itu menunggang bersama keldai mereka. Namun, setibanya di sebuah kampung berhampiran dengan pasar berkenaan, tiba-tiba orang ramai mula bersuara kepada Luqman dan anaknya. “Tidakkah kalian berdua kasihan kepada keldai itu. Sudahlah berjalan pun tidak larat, inikan pula ingin membawa anda berdua!”

Serba salah lagi dibuatnya. Luqman berfikir lagi. Apa lagi yang perlu dilakukan agar perjalanan mereka lancar tanpa pandangan semua orang? Setelah lama berfikir, Luqman mula menyatakan pandangannya.

“Baiklah. Kali ini biar kita sahaja yang mengangkat keldai ini sehingga di pasar.”

Setibanya di pasar, kali ini keriuhan pasar bertambah apabila melihat kelibat Luqman,anaknya, dan seekor keldai kepunyaan mereka. Hiruk pikuk mereka melihat dari jauh kelibat dua beranak ini yang basah berpeluh mengangkat seekor keldai!

“Ah, gila. Sepatutnya orang yang menunggang keldai. Bukan keldai diangkat mereka!”

Akhirnya, tanpa ingin mendengar sebarang desas desus dan orang mengata tentang tingkah laku mereka,setibanya di pasar berkenaan, keldai itu dijual. Sebelum pulang, Luqman al-Hakim berkata sesuatu kepada anaknya. “ Wahai anakku, sekiranya kamu sentiasa melihat dan mengharap kepada pandangan manusia, tiada apa yang bakal berubah pada keadaannya. Yakinlah akan dirimu sendiri. Setelah dilaksanakan sebaiknya, maka bertawakallah kepada Allah s.w.t.”

Pesanan kepada yang lupa:

Jika sedang kesakitan, makanlah ubat sebagai asbab dipermudahkan Allah memberikan kembali nikmat kesihatan.

Minum madu satu sudu dalam segelas air suam sebelum subuh dan selepas maghrib supaya insya-Allah, diberikan nikmat kesihatan sentiasa.

Cari yang berkualiti, moga-moga lebih beroleh kebaikan.

* Madu itu makanan sunnah, peliharalah sunnah, insyaallah penyakit masyarakat juga hilang. Jika mahu keberkatan,taatilah pemimpin yang menjadikan amalan sunnah sebagai rutin kehidupan.

Suntingan daaripada:
kisah-kisah al Quran 
kaimislam.wordpress.com

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR