Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday, 11 August 2014

Kerajaan PR Selangor Runtuh,Anwar patut akur terhadap kehendak ramai dikalangan rakyat yang ramai - Pak Aspan. Benarkah Pemimpin PKR Sarawak Keluar Parti?

PAS mempunyai tanggungjawab besar dalam krisis politik Selangor

Mengikut ‘insider’ DAP Anwar Ibrahim akan berjumpa dengan TGHA Khamis ini untuk menyelesaikan masalah yang sudah berpanjangan di Selangor. Di Selangor sekarang Menteri Besarnya ada tapi tidak berparti hasil dari pemecatannya tiga hari yang lepas. Ini bermakna kerajaan Pakatan Rakyat secara automatik gugur di Selangor bersama dengan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan (Exco) dari Pakatan Rakyat sendiri.

Sekarang ini kerajaan Selangor ialah kerajaan Khalid Ibrahim. Sementara Khalid di ketepikan, Khalid boleh membentuk dan memilih Exconya sendiri dan tidak dapat kita ketahui samada memecat Khalid sebagai ahli PKR itu adalah jalan penyelesaian yang betul.

Oleh kerana Khalid tidak berparti lagi maka pada lojiknya Khalid boleh menyertai PAS atau DAP. Tetapi jika pun Khalid memilih mana-mana parti, PAS adalah parti yang paling hampir untuk di sertai Khalid. Tindakan Anwar mahu berjumpa TGHA itu pastinya merupakan perjumpaan yang sangat penting kerana pada Anwar dan kita semua, penyelesaian sangat perlu didapati bagi menentukan untung nasib Pakatan Rakyat dan Kerajaan Selangor.

Pakatan Rakyat sudah retak seribu dan apa caranya untuk menghilangkan keretakan ini terpulang kepada 'wisdom' kepimpinan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekarang ini. Sebagai sebuah ‘coalition’ yang longgar diantara parti-parti dalam Pakatan tanggungjawab setiap parti terhadap rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat itu tidak lah permuafatan yang kukuh. Ia merupakan setakat persefahaman diantara ketiga-tiga parti itu sahaja dan tidak ada perjanjian yang kukuh dan muktamad diantara mereka.

Buat masa ini, perhubungan diantara PAS dan PKR sudah sampai ketahap perpisahan kerana itu sahaja yang boleh menyelesaikan perselisihan kedua-dua parti ini. Sekarang ini lestari kehidupan rakyat Selangor adalah isu terpenting sekali. Kita tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan bagi menguruskan kerajaan bagi rakyat Selangor ini.

Jika demi kepentingan rakyat berbilang kaum di Selangor ini terlindung dari bahang pergaduhan diantara pemimpin dalam PKR ini, maka adalah tanggungjawab parti seperti PAS untuk melakukan tindakan yang drastik dan jangan di biarkan rakyat Selangor terjejas kehidupan mereka.

Nampaknya PAS merupakan parti yang berkebolehan untuk memainkan peranan untuk menyelesaikan dengan mengutamakan rakyat Selangor dahulu dan lupakan untuk menyelesaikan masalah peribadi seseorang yang rakus untuk mendapatkan kuasa.

Apa pun orang kata, PAS perlu bertindak dan mengambil alih kerajaan negeri Selangor agar kesulitan ini tidak sampai dirasai oleh rakyat biasa negeri Selangor. Tidak ada masa lagi bagi PAS untuk berunding semata-mata untuk kepentingan peribadi seseorang yang tidak mendahulukan kepentingan mandat yang di berikan oleh rakyat Selangor dalam pilihanraya yang lalu.

Selangor tidak ada masa untuk diberikan kepada Wan Azizah untuk menyesuaikan dirinya sebagai Menteri Besar. Bila masa hendak menyesuaikan diri lagi dan bila pula masa nya untuk merancang pemulihan semangat rakyat Selangor yang kini semakin lemah sekarang ini. Jangan di biarkan nasi yang kini sudah menjadi bubur bertambah teruk dan tidak dapat di perbetulkan lagi.

Semoga keberanian PAS dalam membela rakyat Selangor akan memberikan keberkatan kepada parti ini sambil memperbaiki keadaan dalam sistem rapuh yang di amalkan oleh BN sejak beberapa lama dahulu.

Anwar sepatutnya di beritahu yang rakyat tidak boleh di jadikan alat permainan kanak-kanak kerana mereka juga mempunyai perasaan seperti Anwar sendiri. Cukup-cukuplah permainan politik yang menyimpang jauh dari adat dan budaya kita orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Anwar sepatutnya mengawal perasaan rakusnya kerana ia hanya memberikan kegelisahan rakyat yang ramai. Seorang pemimpin yang baik ialah pemimpin yang tidak mencetuskan keresahan rakyat. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang memberikan kesejukan terhadap rakyat yang ramai apatah lagi setelah rakyat memberikan keputusan muktamad dalam pilihanraya yang lalu.

Anwar patut akur terhadap kehendak ramai dikalangan rakyat yang ramai.- http://aspanaliasnet.blogspot.com/

ABU: Apa yang berlaku di Bagan Serai, berlaku juga di Selangor. Telah kuduga!

DUA PEMIMPIN PKR SARAWAK DIJANGKA LETAK JAWATAN DAN KELUAR PARTI


Jika PKR Pusat sewenang-wenangnya memecat Khalid Ibrahim daripada PKR atas dakwaan yang tidak jelas, berbeza dengan pemimpin PKR Sarawak yang bertindak keluar parti tanpa perlu diumumkan Anwar Ibrahim mahupun Lembaga Disiplin PKR.

Difahamkan seramai dua orang pemimpin PKR Sarawak akan mengumumkan perletakan jawatan dan bertindak keluar parti.

Semua ini atas alasan merajuk kerana tidak disenaraikan dalam Majlis Tertinggi PKR biarpun selama berada dalam PKR komitmen yang diberikan sangat tinggi.

"Saya dan rakan saya berasa tidak berpuashati dengan pucuk pimpinan PKR pusat yang sering membuat keputusan tanpa bertanya pandangan dari kami," ujarnya tanpa menerangkan dengan lanjut mengenai perkara tersebut.

"Surat perlantikan jawatan (Ahli Majlis Tertinggi PKR Sarawak) kami sehingga kini pun tidak pernah diberi, seolah-olah kami tidak wujud namun apabila mereka (PKR Pusat) berkehendakkan keringat kami untuk berkerja, baru mereka mempergunakan kami.

"Dah berkali-kali kami pergi ke Kuala Lumpur bertanyakan tentang perkara ini namun tak pernah di endahkan," katanya beliau sudah memaklumkan kepada pucuk pimpinan PKR Sarawak mengenai keputusannya untuk meninggalkan parti."

Rujuk The UnReportedNews [KLIK SINI]


Sepanjang pembabitan mereka dalam PKR Sarawak, mereka dianggap seolah-olah tidak wujud di mata PKR Pusat. Sebaliknya, mereka hanya digunakan bila perlu dan tidak pernah menggunakan sebarang pendapat mereka ketika mesyuarat.

Namun, situasi ini pasti akan berubah menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang biarpun tidak dijemput.

Pada ketika itu, baharulah pemimpin PKR Pusat datang ke Sarawak berduyun-duyun kononnya mahu membantu jentera parti berkempen walhal hanyalah untuk melancong selain menyebarluaskan dakyah politik pembohong mereka

Difahamkan juga hanya beberapa orang pemimpin PKR sahaja yang dijemput untuk bermesyuarat dengan sekadar melengkapkan forum mesyuarat tanpa mahu mendengar idea dan pendapat pemimpin PKR Sarawak.

Yang pasti hanya beberapa orang pemimpin PKR Sarawak sahaja yang terlibat dengan PKR Pusat antaranya Pengerusi PKR Sarawak. Manakala, yang lain hanya pelengkap kepada AJK PKR Sarawak.

Begitu pun, PKR Sarawak sehingga kini banyak bergantung pada kehadiran pemimpin PKR Pusat untuk ‘meramaikan’ ceramah. Jika tidak, pasti majlis ceramah hanya akan dihadiri oleh urus setia penganjur ceramah yang terdiri daripada ahli-ahli PKR sendiri.- http://cetusankenyalang.blogspot.com/

1 comment:

  1. Pemimpin2 dan ahli2 PKR Sarawak. Jom ramai2 masuk Pas.

    ReplyDelete

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR