Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno hari ini melabelkan Parti Pas sebagai Parti Ajaran Sesat berikutan kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang disifatkannya sebagai fatwa songsang yang boleh mengelirukan rakyat.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau agak kecewa dengan kenyataan songsang itu kerana Nik Abdul Aziz merupakan seorang ulama dan tokoh agama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz yang mendakwa solat orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai di sini.

"Nik Aziz bersifat macam Tuhan sedangkan dia kata dia tokoh agama. Dia mengeluarkan fatwa sebegitu menghukum bahawa sembahyang orang Umno tidak dapat pahala kerana katanya Umno menolak Islam, Umno tidak berjuang untuk Islam.

"Ini bukan kali pertama, Pas dan Nik Abdul keluarkan fatwa menghukum Umno. Umno sebagai kafir di dalam Amanat Haji Hadi. Ini sudah terbukti bahawa Pas ialah Parti Ajaran Sesat, dan bukannya Parti Islam SeMalaysia," kata beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Justeru itu, Muhyiddin turut menyeru rakyat agar menolak Pas dan pemimpinnya agar tidak sesat dengan ajaran songsang parti itu.

"Kalau ikut ajaran Pas sebegitu, maka semua akan sesat. Lebih-lebih lagi Nik Aziz menggunakan agama untuk tujuan politik lagi menyesatkan.

"Satu peringatan agar kita menolak Pas dan pemimpin Pas, dan Umno adalah parti yang berjuang untuk Islam sudah lama. Kalau saya nak ceritakan mungkin pemberita tidak ada muka surat untuk tulis," katanya.

Katanya, dari awal lagi, sejarah Umno menunjukkan perjuangan parti itu untuk menebus kemerdekaan negara, menggubal perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, pembelaan umat Islam, maka jelas terbukti Umno ialah parti yang memperjuangkan Islam sejak dahulu sampai hari ini. - Bernama.

PARTI AJARAN SESAT

'Pondok Minda, gabungan 25 pondok pengajian agama di Kelantan mengulangi bahawa PAS parti ajaran sesat dan semua fatwa dikeluarkan oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat WAJIB ditolak.

Ya, saranan itu dikeluarkan oleh gabungan pondok pengajian AGAMA di KELANTAN. 

Dalam pilihan raya umum sebelum ini, tidak pernah kedengaran kenyataan seperti itu dilontarkan terhadap Menteri Besar Kelantan dan parti pimpinannya.

Kini, buku bertemu ruas.

Klik di sini untuk membaca laporan penuh. - http://www.mazidulakmal.com/2013/04/parti-ajaran-sesat.html