Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday, 22 August 2014

“HAKIKAT LAUH MAHFUZ” - BERSEMPENA DENGAN HARI BERKABUNG NEGARA

“HAKIKAT LAUH MAHFUZ”.

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلْ
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ,
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
فيا عِبَادَ الله اِتَّقُوْا اللهَ اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. BERSEMPENA DENGAN HARI BERKABUNG NEGARA KITA PADA HARI INI, maka mimbar akan menyampaikan khutbah bertajuk: “HAKIKAT LAUH MAHFUZ”.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Sebagai seorang Islam yang berpegang teguh kepada al-Quran dan hadith, kita mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati adalah peringkat kewujudan yang wajib dilalui oleh semua manusia. Dalam hal ini Allah SWT telah mencatatkannya di dalam kitab lauh mahfuz sebagai tempat untuk menyimpan segala rahsia yang ada dilangit dan di bumi dari permulaan zaman hingga ke akhir zaman. Persoalan besar timbul di sini apakah yang dimaksudkan dengan Lauh Mahfuz itu?. secara ringkasnya ada ulama’ yang menceritakan tentang hakikat Lauh Mahfuz yang merupakan kitab suratan yang dituliskan qada’dan qadar semua makhluk sebelum dijadikan. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj ayat 70:

أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ إِنَّ ذَلِكَ فِي كِتَابٍ إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Bermaksud: “Bukanlah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.”

Dan firman Allah SWT lagi di dalam surah al-Hadid ayat 22

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Bermaksud: “Tidak ada kesusahan yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”.

Menurut Ibn Atiyah dan Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya bahawa yang dimaksudkan kitab di dalam ayat ini ialah Lauh mahfuz. Daripada Ibnu Mas’ud katanya: Bahawa sesungguhnya bila nutfah itu sudah menetap di dalam rahim, malaikat akan mengambil dan meletakkannya di telapak tangannya sambil berkata: Tuhanku apakah untuk diciptakan atau tidak diciptakan?. Jika dijawab untuk tidak diciptakan, iapun tidak menjadi manusia, ia akan lebur menjadi darah. Sebaliknya jika dijawab diciptakan, malaikat pun berkata: Adakah lelaki atau perempuan, sengsara atau bahagia?, bagaimana ajalnya, berapa umurnya, apa peninggalannya, apa rezekinya, dan di bumi manakah ia akan mati. Allah SWT kemudian berfirman: pergilah ke lauh mahfuz di sana kau akan mendapat nuthfah itu. Dikatakan kepada nutfah: siapakah tuhanmu? jawabnya Allah, ditanya pula: siapakah yang memberi rezeki kepadamu, Jawabnya, Allah, lalu diciptakan dia menjadi manusia, hidup bersama-sama keluarga dan makan rezeki yang dikurniakan kepadanya. Jika datanglah ajalnya, dia akan meninggal dan dikebumikan di tempat tersebut. (Riwayat al-Hakim)

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Berdasarkan kepada ketentuan Allah SWT di lauh Mahfuz ini, maka kita sebagai seorang Islam mesti yakin dan percaya bahawa kematian merupakan satu perkara yang telah ditentukan. Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kayanya, bagaimana suasana dan caranya namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah para nabi, rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan tuhan, bahkan manusia yang menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari dari kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat 78:

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

Bermaksud: Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat”.

Setiap manusia pasti mati kerana mati bermakna manusia kembali kepada asal kejadiannya. Ia berasal dari tanah, maka pastilah ia akan kembali menjadi tanah agar menjadi peringatan kepada manusia. Persoalan mati adalah suatu kejadian yang paling hebat, suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan. Bila seseorang manusia itu mati, ia dikatakan kiamat kecil berlaku pada diri manusia kerana jasadnya menjadi busuk, dimakan cacing, tulang belulang menjadi hancur lebur kembali menjadi tanah dan roh telah keluar dari badan manusia. Rohlah yang menyebabkan kita hidup, boleh mendengar, melihat, berakal, merasai dan berfikir.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa menerima kematian sebagai satu ketentuan Allah SWT mengandungi banyak hikmah antaranya ialah,

Pertama: Dapat memperkukuhkan keimanan dan menimbul rasa taqwa yang mendalam untuk menjunjung perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangannya. Ibnu Qayyim pernah berkata: “Allah SWT menjadikan pusingan alam ini sebanyak tiga pusingan, iaitu alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat yang kekal abadi. Pada setiap alam ini ada hukumnya yang tersendiri”. Percayalah bahawa Allah SWT menentukan sesuatu kejadian itu dengan penuh kebijaksanaan dan hikmah. Memetik kata kata hikmah yang pernah dilontarkan oleh Junaid al-Baghdadi bahawa: Bala dan ujian adalah pelita bagi orang yang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa ujian dengan redha dan bersabar.

Kedua: Dapat menambahkan keteguhan hati dan kesabaran. Mereka yang memiliki keteguhan hati dan kesabaran yang tinggi tidak akan berputus asa, tindakannya selalu tenang, tanpa terburu-buru ataupun bimbang kerana mereka sedar bahawa segala ketentuan perjalanan hidup ini adalah hak mutlak Allah SWT. Renungilah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Abu Hurairah, Radiallahu-Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ (رواه الإمام البخاري)

Bermaksud: “tidak ada satu musibahpun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada yang berupa kesusahan,dan penderitaan,kesedihan dan kedukaaan, ataupun penyakit, bahkan kerana sepotong duri yang menyucuk kakinya (anggotanya) melainkan dihapuskan oleh Allah SWT dengan itu sebahagian dari kesalahannya.” (Riwayat al-Bukhari)

Ketiga: Lahir perasaan tanggungjawab hendak membimbing diri dan keluarga supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan dalam menuntut keredhaan Allah SWT serta timbul rasa kasih sayang serta mahabbah sesama manusia, khususnya keluarga, jiran dan masyarakat setempat. Percayalah bahawa kita sebagai manusia diikat dengan satu perasaan kasih sayang. Oleh sebab itulah setiap kali kita ditimpa musibah kematian, maka hati kita tercuit dengan rasa kesedihan dan kepiluan.

Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid RA katanya: Kami sedang berada di sisi Rasulullah SAW ketika salah seorang dari puteri Baginda menyuruh seseorang untuk memanggil Baginda dan memberitahu bahawa anak lelaki puteri Baginda itu berada dalam keadaan nazak. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada orang suruhan tersebut: Kembalilah kepadanya dan katakan bahawa yang diambil oleh Allah adalah milik-Nya dan apa yang diberi oleh Allah juga milik-Nya. Segala sesuatu di sisi-Nya akan berakhir, mintalah supaya beliau bersabar dan berserah kepada Allah. Orang suruhan itu kemudiannya kembali mengadap Rasulullah SAW dan berkata: Dia berjanji akan menunaikan pesanan itu. Kemudian Nabi SAW berdiri diikuti oleh Saad bin Ubadah dan Muaz bin Jabal RA. Lalu diangkatkan kepada Rasulullah SAW dan diserahkan anak (dari puteri Baginda) yang nafasnya masih tersekat-sekat, seolah-olah dia berada di dalam satu qirbah (bekas air) yang lusuh. Kedua-dua mata Rasulullah SAW mulai berlinangan. Saad bertanya: Apa ertinya ini wahai Rasulullah? Rasulullah SAW lalu bersabda: lni adalah rahmat (belas-kasihan) yang diletakkan oleh Allah di hati hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya Allah mengasihi hamba-hamba-Nya yang mempunyai rasa belas-kasihan. (Riwayat Muslim)

Kita perlu mencontohi sikap waras Abu Bakar RA ketika berhadapan dengan kewafatan Nabi SAW. Beliau memujuk Umar al-Khattab RA yang masih terkejut dengan pemergian Nabi SAW seraya berkata: ketahuilah, sesiapa yang menyembah Muhammad SAW, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat. Sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah sentiasa hidup tidak akan mati.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيم.                   

Khutbah Kedua


الحَمْدُ للَّهِ اْلقَآئِلْ :
إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًاۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿٣٤﴾

Bermaksud: “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari Kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui tentang apa yang ada dalam rahim (ibu mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok; dan tiada dapat diketahui oleh seseorang itu di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya”.


أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ 
 
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
 
أَمَّا بَعْدُ..... فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ 

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Sebagaimana yang kita ketahui, pada hari ini 22hb Ogos 2014, pihak Kerajaan kita telah mengisytiharkan Hari berkabung negara sebagai penghormatan berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia, mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Timur Ukraine. Oleh itu mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa hendaklah, bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara. Marilah sama-sama kita melaksanakan solat jenazah secara ghaib di tempat masing- masing.

Marilah bersama-sama kita mendoakan kesejahteraan kepada saudara mara dan sahabat handai kita yang telah pergi meninggalkan kita dalam tregedi MH17. Kita mendoakan semoga roh mereka dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Kepada seluruh kaum keluarga mangsa tragedi MH17 kita ucapkan takziah, kita juga mendoakan semoga diberi kekuatan dan ketabahan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ini.

Kita doakan juga agar negara dijauhkan daripada segala malapetaka dan kehancuran, dikekalkan nikmat keamanan. Tanamkanlah rasa kasih sayang di antara rakyat yang berbilang kaum, kukuhkan perpaduan di kalangan mereka semoga sentiasa hidup aman damai, menikmati kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman. Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan mati, walaupun di mana jua kita berada samada di darat, laut ataupun di udara.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR