Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday, 15 August 2014

Hari ini kita tertanya-tanya, dimanakah kemuliaan itu? Dimanakah kekuatan dan keberanian yang pernah ada? Semuanya kini hanya menjadi sebuah kenangan dan menjadi sebuah catitan sejarah.



“BERSATU MENGHALANG KEZALIMAN”

Khutbah Pertama

الحَمْدُ للَّهِ اْلقَآئِلْ :
وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ فَحَاقَ بِالَّذِينَ سَخِرُوا مِنْهُمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ – الأنعام : ۱۰

Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olok beberapa Rasul sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu. – Surah Al-An’am : 10

أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
 اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللَّه، إِتَّقُوا اللَّهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى اللَّهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jamaah Sekalian,

Pada kesempatan kali ini marilah kita mengimbau kembali pesanan yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW, tentang satu suasana yang akan menimpa umat Islam, di mana pada saat itu mereka akan dihina, diperlekeh dan dianiayai. Padahal mereka sebelumnya adalah golongan yang mulia, golongan yang kuat dan golongan yang dikenali keberaniannya, yang menimbulkan rasa gerun di hati musuh-musuh mereka. Maka hari ini kita tertanya-tanya, dimanakah kemuliaan itu? Dimanakah kekuatan dan keberanian yang pernah ada? Semuanya kini hanya menjadi sebuah kenangan dan menjadi sebuah catitan sejarah.
Sidang Jumaat yang berbahagia,

Apakah penyebab yang menjadikan umat Islam pada hari ini dihina? Sabda Rasulullah SAW:

يُوْشَكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ اْلأُمَمُ كَمَا تَدَاعَى اْلأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا، فَقَالَ قَائِلٌ: أَوَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيْرٌ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَسَيَنْزِعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُوْرِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلْيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِيْ قُلُوْبِكُمُ الْوَهَنُ. قَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُوْلَ اللَّهِ، وَمَا الْوَهَنُ؟ قَالَ: حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ. (رواه البيهقي، حديث حسن). 

Maksudnya: Hampir tiba suatu zaman manusia mengerumuni kamu sepertimana lahapnya mereka yang mengerumuni makanan. Ada sahabat bertanya: apakah kerana sedikitnya jumlah kita pada masa itu? Baginda bersabda: Bahkan jumlah kalian pada masa itu banyak. Tetapi kalian pada saat itu seperti buih seumpama buih banjir. Dan Allah akan mencabut dari dada-dada musuh kalian (rasa) ketakutan kepada kamu, dan Dia akan mencampakkan ke dalam hati-hati kamu penyakit al-wahan. Lalu sahabat bertanya: Ya Rasulullah apakah al-wahan itu? Beliau bersabda: cinta dunia dan takut mati” (HR. Baihaqi, hadis hasan).

Sidang Jamaah Sekalian,

Berbagai cara yang kita lihat daripada musuh-musuh Islam seluruh dunia untuk memperolok-olok dan memperlekehkan umat Islam. Beberapa tahun dahulu berlakunya penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW melalui karikatur sebanyak dua belas lakaran kartun, yang menggambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai pengganas, yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Denmark. Mereka sengaja mengusik sensitiviti umat ini yang mengakibatkan timbul pelbagai reaksi di kalangan orang Islam. Sebahagian Umat Islam mengambil tindakan ganas, sebahagiannya memulau barangan, sebahagian pula menyatakan bantahan, malangnya ada juga sebahagian yang sibuk menasihatkan agar Umat Islam bertindak dengan waras tanpa sedikitpun menyentuh mengenai kebiadapan musuh terhadap Islam. Ini menjadikan dunia terus melihat kesilapan adalah di pihak Islam. Keganasan sebahagian Umat Islam dibesar-besarkan sedangkan kejahatan musuh diremeh temehkan. Tidak hairanlah ketika itu Kerajaan Denmark terus dengan sombongnya menyalahkan Umat Islam, jauh sekali mengakui kesilapan dan memohon maaf.

Sidang Jumaat Sekalian,

Penghinaan seperti ini bukanlah pertama kali dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Malah Umat Islam bukan sahaja sudah lama dihina malah telah diperlakukan semahunya selama ini. Ini bukan semata-mata disebabkan permusuhan mereka terhadap Islam malahan kelemahan dan kemunduran umat Islam juga menjadi penyumbang kepada musibah ini. Bahkan sebenarnya musuh senantiasa melihat dan mengkaji tahap kepekaan Umat Islam dari semasa ke semasa terhadap isu yang melanda umat Islam sehinggalah mereka kini amat yakin bahawa walaupun sebahagian Umat Islam akan marah, memberontak dan sebagainya namun sebahagian besarnya hanya melihat dan mengeluh tanpa ada sebarang tindakan yang diambil. Mereka amat yakin suatu masa nanti tidak akan ada sesiapa yang akan memperdulikan nasib Umat Islam malah dunia akan terus menyalahkan Umat Islam yang tidak membenarkan penganiayaan dilakukan terhadap mereka.

Sidang Jumaat Sekalian,

Kegilaan dan kecelaruan dunia yang kita lihat ini bukan lagi menjadi sesuatu yang pelik. Sesuai dengan umur dunia yang semakin tua, ianya seolah-olah sudah sampai ke tahap nyanyuk. Lihatlah bagaimana gila dan rakusnya Kerajaan Haram Yahudi menyerang umat Islam di Gaza yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,900 orang rakyat Palestin. Dalam masa yang sama kerajaan Amerika Syarikat terus menjual bekalan senjata kepada tentera Zionis. Tiada pihak yang sanggup mempersoalkan apatah lagi menghalang penjualan senjata tersebut yang terbukti telah disalahgunakan ketika menceroboh Afghanistan dan Iraq dahulu.
Muslimin yang dirahmati Allah,

Contoh lain, kegilaan dan kerancauan dunia semakin ketara sejak akhir-akhir ini akibat pemikiran yang amat bercelaru. Atas nama kebebasan dan hak asasi, dunia diperbodohkan untuk menerima apa sahaja yang dibawa oleh barat. Di negara inipun, pemikiran ini sedang parah menyerang, semata-mata untuk membolehkan mereka melempiaskan segala tuntutan nafsu kebinatangan mereka. Atas nama hak asasi mereka menuntut kebebasan melakukan apa sahaja tanpa ada sekatan agama dan budaya. Atas nama kebebasan bersuara mereka mahukan kebebasan untuk menulis dan bercakap apa sahaja walaupun menghina agama. Mungkinkah satu hari nanti dunia akan sampai ke tahap kebebasan mutlak sehingga undang-undang dan peraturan tidak diperlukan lagi. Pencuri akan menuntut hak kebebasan mencuri kerana berusaha mencari kekayaan. Penagih dadah akan menuntut hak kebebasan menagih kerana melepaskan gian dan tidak mengganggu sesiapa. Manusia akan bebas mencela dan mencaci sesiapa sahaja berdasarkan prinsip kebebasan bersuara. Persoalannya, mungkinkah golongan ini akan menerima hak kebebasan berdemonstrasi, hak kebebasan memboikot barangan, hak kebebasan memberontak, hak kebebasan menyerang kedutaan negara mereka dan sebagainya bagi mengimbangi hak kebebasan mereka untuk menghina, mencerca dan mencabul kehormatan agama kita.

Para Pencinta Agama sekalian,

Luka di hati Umat Islam yang sudah sekian lama ditoreh dan darah di tubuh umat Islam yang sewenang-wenangnya di tumpahkan mana mungkin mampu dirawat dengan janji-janji manis mereka. Mana mungkin bangsa yang terkenal memungkiri janji dengan Allah dan Rasul akan menepati janji dengan manusia lain. Apakah bangsa yang sanggup membunuh para Nabi dan Rasul akan merasa bersalah dan berdosa untuk membunuh manusia biasa?

Apakah yang diharapkan dari mereka untuk menghormati “Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa” yang dicanangkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنَيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا، وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَألْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.


Khutbah Jumaat

الحَمْدُ للهِ اْلقَآئِلْ :
وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠﴾

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
 اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللَّه، إِتَّقُوا اللَّهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى اللَّهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Muslimin Muslimat Sekelian,

Setiap kita perlu bersama dengan Umat Islam sedunia untuk mengajar Yahudi dan sekutu mereka. Paling tidak kita mampu melemahkan ekonomi mereka dengan bersama memboikot barangan mereka namun dalam lingkungan akhlak Islam dan tatasusila bermasyarakat. Sesiapa yang mengetahui senarai barangan buatan Yahudi hendaklah menghebahkannya kepada saudara-saudara kita. Setiap orang yang sampai maklumat kepadanya hendaklah mengharamkan diri mereka dan keluarga mereka daripada menggunakan apatah lagi membeli barangan mereka. Kalaupun kita gagal memaksa mereka secara total, paling tidak rasakanlah kepada mereka sedikit kesan daripada dosa dan noda akibat angkara murka yang sengaja ditempah oleh mereka. Panjatkanlah doa tanpa jemu dan mengharap perkenan Allah SWT. Semoga ada ganjaran yang Allah peruntukkan kepada setiap sumbangan kita dan rantaian doa yang kita panjatkan walaupun amat kecil berbanding pengorbanan saudara kita di sana. Yakinlah bahawa kita pasti akan dapat melihat pembalasan Allah terhadap segala kejahatan mereka. Firman Allah SWT :

وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ فَأَمْلَيْتُ لِلَّذِينَ كَفَرُوا ثُمَّ أَخَذْتُهُمْ فَكَيْفَ كَانَ عِقَابِ

Dan sesungguhnya telahpun diejek-ejek Rasul-rasul yang diutus sebelummu (wahai Muhammad), lalu aku biarkan orang-orang yang tidak percayakan Rasul-rasul itu ke suatu masa yang tertentu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab; maka idaklah terperi seksanya azabKu itu. – Ar-Ra’du : 23

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR